Nuffnang Ads

Sunday, July 17, 2011

Komen Disebalik : Liverpool vs Malaysia



Demam Liverpool bagi peminat Malaysia berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil Petang Sabtu lalu dengan menyaksikan kemenangan yang sudah dijangka apabila menentang skuad Harimau Malaya. akan tetapi 3 gol berbalas 6 dari Harimau Malaya sudah cukup melegakan seluruh Rakyat Malaysia. ia adalah kekalahan bermaruah.!


Melihat pada situasi sebelum memasuki Stadium sudah cukup mengambarkan bertapa ramainya peminat Liverpool di Malaysia hahaha.. tidak kecuali pelancong asing yang berada di Kuala Lumpur turut sama tidak ketinggalan untuk melihat sendiri perlawanan yang membabitkan Pasukan Liverpool.


Aku yang datang ke Stadium dengan cara paling selamat park kereta kat Bandar Tun Razak dan naik LRT menuju ke Bukit Jalil.. mula ingat nak park kat Sg Besi.. tapi dah pack dengan manusia berbaju merah disana.. mula perancangan angan2 nak park kat Bukit Jalil terus atau Sri Petaling tapi jangan kau mimpi!! dah la lambat ade hati pulak nak park dekat ngan stadium.. hahaa..




Keadaan luar stadium seperti biasa.. kalau ader game besar-besar nie memang ramai dengan peniaga-peniaga yang menjual pelbagai serba mak nenek barangan yang berkaitan dengan bola.. jadi boleh dikatakan berbelanja di luar stadium lebih banyak habis duit daripada harga tiket hahaha..
Aku beli tiket kelas ke 2 paling mahal.. tapi disebabkan lambat akibat shopping terlampau diluar stadium jadi atas bumbung la tempatnya.. ape nak dikatakan lagi.. terima jerk la.. haha.. asal view boleh nampak satu stadium dah cukup bagus dah.. lama2 usha jugak kat baris bawah.. sekali tgk diorg kena cahaya matahari terlampau la best.. dalam hati hanya ada satu jerk nak cakap.." Padan Muke" haha..




Perlawanan belum bermula.. tetapi santapan untuk menonton bola mengalahakn menonton wayang.. keropok lekor, berbola udang, kuaci, kacang kuda semua sudah terhidang.. kalah menu buka puasa lah.. sampai satu seat memang khas untuk letak makanan..!! 


View untuk perlawanan.. permulaan game nampak Harimau Malaya diperbudak-budak oleh pemain Liverpool sampai terdengar manusia2 sebelah aku nie dok gelak-gelakan aksi buli dipadang.. rasa malu pun ade gak dalam hati nie.. tapi ape boleh buat.. sabar jerk la.. yang gelak plak tu rakyat Malaysia bukan nya orang asing.. aku bangga tengok ader Mat-Mat Saleh yang datang ke Stadium memakai baju Harimau Malaya.. punya la bersorak bila bola ader kat kaki pemain kebangsaan.. huh.. terharu mak nok!


Perlawanan nak kata hebat tak der lah cam tengok EPL kat tv aksi Liverpool tu.. ala-ala training mingguan jerk.. tetapi masuk babak ke dua.. memang nampak kecuakan Liverpool itu ada setelah penyerang Pelita FC Shafie Salleh masuk ke padang.. huih... 2 goal dia sumbat tu memang rasa hebat habis lah.. cam tengok world cup pun ader.. sampai mat salleh sebelah melompat2 dok sokong Harimau Malaya..




Apapun game kemarin boleh dikatakan sempurna.. 80 ribu penonton yang hadir aku boleh dengar dan lihat semangat cintakan pasukan negara.. dikala bola dikaki pemain Malaysia mereka sorak jugak.. memang best rasanya.. apa pun sekalung tahniah jugak buat Harimau Malaya.. walaupun bermain dengan Permain kelas dunia.. diorg dapat buktikan jugak Malaysia mempu sumbat gol untuk perlawanan berkenaan.. 




Minggu ini tumpuan sudah tentu untuk Malaysia vs Chelsea dan juga Malaysia vs Singapore dua misi berbeza.. Chelsea akan datang dengan skuad terbaik mereka.. manakala Singapura menanti kedatangan Harimau Malaya dengan Barisan Permain terbaik mereka untuk ke pusingan seterusnya untuk beraksi di Piala Dunia Brazail 2014.


Gambar-gambar aksi perlawanan untuk santapan..!!!






































6 comments:

vampire and his lady said...

gempak@

rozaini said...

MENANG NASIB JE~~~~~

PERGH AWEK BARU EH SHIRO?

Rosie Posie said...

eh eh ogyyyyyyyyyyyyyyyy =))

**agak2 ko delete takpos ni =))

kenshiro said...

aimar awek baru mende.. dari ko bujang sampai beranak satu.. tu jerk la org nyer..=)) =))

kenshiro said...

=)) eh mane leh delete eila.. nanti tak banyak la komen kat artikel aku nie.. =))

rozaini said...

oooo OGY rupenyer...haaa nnt nk bina mesjid jgn lupe jemput aku..aku kasi hadiah jersi liverpool kt ko...hhahahahaa..