Nuffnang Ads


Friday, July 15, 2011

Liverpool vs Malaysia : Harapan peminat Liverpool kepada Tanah Tumpah Darahku...

http://2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2011/07/malaysia-vs-liverpool.jpg


Hari ini akan menjadi satu lagi sejarah buat skuad bola sepak negara apabila diberi peluang untuk bermain dengan Kelab Ternama Liverpool di gelanggang sendiri. Harapan untuk melihat kemenangan skuad Harimau Malaya memang tipis dan boleh jadi memang tiada harapan.. tetapi apa yang aku harapankan adalah Skuad Malaysia dapat menerima pengajaran yang berguna apabila bermain dengan Pasukan yang bukan senang untuk dibawa ke Negara ini.




Peminat Liverpool menunggu sekian lama untuk menyaksikan kedatangan Pasukan Merah ini ke Malaysia jadi adalah wajib jika Stadium Bukit Jalil akan dipenuhi dengan Jersi berwarna merah. tetapi jangan sesekali menyalahkan peminat yang setia kepada Liverpool ini apa bila skuad negara kalah nanti.. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuC964iqMk4Qsn-e_u-XL2K8KJUlAToUIZTsRpwN3Yp9YaJkfVtgu_L08BcPfldCXxOyXcwMfW-RBtD6OE0cC1nm-CohsOOGW1o5FtYcTSebDyvIdbRvWAqqH4vdr6efdiIQnEIkEwcXcB/s1600/ultras+malaya.jpg


Jika kemarin kita dikejutkan dengan jaringan 4 -0 cuba kurangkan jumlah kekalahan itu supaya kita nampak lebih dihormati oleh Lawan yang sebenar nanti iaitu Singapura. Memang tidak dinafikan penyokong adalah salah satu kelebihan bagi pemain.. tetapi kali ini cuba faham akan situasi peminat Liverpool yang sememangnya dahagakan aksi depan mata yang jarang sekali berlaku ini.





Sejauh mana Kelab Liverpool itu disanjung.. peminat dan rakyat Malaysia tetap bersama dengan pasukan negaranya. jangan sesekali meletakan kelemahan bermain diatas padang kepada penyokong. jika kita hanya bergantung kepada penyokong memang sampai bila2 kita akan tetap pada tahap jaguh kampung.

Lihat sahaja perlawanan yang membabitkan skuad negara ditempat lawan.. kesemuanya mengecewakan. jangan kita bangga digelanggang sendiri tapi di tempat lawan kita lemah.. macam mana skuad Harimau Malaya akan bermain dengan 500 penyokong Malaysia di Singapura minggu depan..?? hari ini adalah ujian untuk mereka untuk bermain dalam situasi penonton berpihak lawan tapi digelanggang sendiri.


Semoga pemain negara dapat memberi tentangan yang sengit dan mengurangkan jaringan kekalahan kalau boleh.. dan jika ia berkesudahan seri itu sudah cukup memuaskan malah ia sangat membanggakan. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF4jsRrjNoAnzF40c-iDtmZC1o-RMEG0W3i055bgLb3QF9NU7d4Sh2Cw4Unvt1fo68xzv1vgjnTpWCNRG8npPEaQIS0oGJx8nicX3pD_zZ5zzzqW_oN6mqJIT8AFlnGXIo1o-1rynWofF-/s400/ULTRAS3.jpg


Sekitar sesi latihan Pasukan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil.






















Ramalan Ku


Liverpool  3 - 1  Malaysia





No comments: