Nuffnang Ads


Monday, July 11, 2011

Komen disebalik Malam Gala Simply Siti



Malam minggu lepas aku telah dijemput oleh sahabat baik untuk menghadiri Malam Gala Simply Siti yang sudah masuk ulangtahun yang pertama dalam industri kosmetik di Malaysia. secara keseluruhanya apa yang dapat digambarkan pada malam itu penuh dengan kemewahan dan kegelemeranya.! 


Muka aku yang teruja habis nak menonton Siti kata kau!!.. okeh disebelah itu adalah Pengurus Peminat Kumpulan Jambu.. Hazama namenyer.. tengok rambut lew..


Bertempat di Dewan Agong Tuanku Censelor Uitm, Shah Alam.. kehadiran yang pada minit2 terakhir dikala kesesakan lalulintas akibat Perhimpunan Bersih aku sampai tepat jugak pada waktunya. tak ku sangka Uitm ader Dewan yang sangat best!! mati-mati ingat Dewan Sri Budiman tu jerk dewan yang boleh dibangga-banggakan oleh Uitm.. meleset sama sekali.!


Mereka berdua lah yang ajak aku.. hehehe thanks beb! 


Kawan aku cakap kol 8 start.. tapi bila dah dalam dewan jadi pukul 9 masih belum mula.. dalam hati sudah boleh agak inilah melayu.. hahaha.. acara gilang gemilang bak anugerah bintang popular dilihat sangat hebat ditambah pula hampir sepenuhnya idea dari Pelajar-pelajar Uitm sendiri.. best hok!

Permulaan acara dengan perarakan masuk Datuk Naib Censelor UiTM ibarat diMajlis Perkahwinan apa pun best!.. dimulakan dengan penyampaian hadiah untuk pemenang Pertandingan Battle of The Band  boleh dilihat sekadar memenuhkan acara yang sempit.


 
 
Mamat dari Karangkraf nie dapat cabutan bertuah.. handbeg peribadi Prada Siti Nurhaliza.. tapi bile Faizal tanya nak kasi kat sape.. banyak plak alasan dia.. myb ramai kot!! hahaha... Credit Picture to : terakarmo.com


Faizal Ismail selaku host pada malam itu.. boleh dikatakan pertama kali aku tengok si FBI nie jadi host secara live.. memang dia punya identiti yang tersendiri.. dan aku beranggapan beliau boleh jadi antara pengacara no. 1 Malaysia suatu hari nanti.

Kemunculan Datuk Siti dengan suami Datuk K dengan menunggang Harley Davidson masuk kedalam dewan nampak best habis.. tapi bila diingat-ingat kembali seperti persembahan Faizal Tahir ketika Anugerah Industri Muzik jerk.. cuma Faizal Tahir naik Hummer jerk hahaa..



Sebelum nyanyian artis jemputan.. penari-penari sekolah tarian nielah ambil pentas.. oh memang best tak tipu aku cakap same korang.. tapi kalau tak der lagi best!!


Artis jemputan pada malam itu semuanya terbaik..!! dimulakan dengan persembahan Ana Raffali sedikit sebanyak mengingatkan aku akan Konsert yang pernah aku lihat di Istana Budaya dulu.. memang tak berubah.. dan sememangnya akan membosankan bila Lagu Tema Karipap-Karipap Cinta dimainkan didalam Universiti! ahaks!.. 



Aizat.. Sungai Lui.. oh best wok..

Aizat muncul sebagai artis jemputan ke dua.. oH.. budak nie memang penyanyi yang best.. aku rasa Datuk Siti pun minat Aizat sebab tu la dia jemput Aizat.. siap pecah rahsia lagi.. yang si Aizat nie time kecik-kecik setiap tahun mesti gie beraya untuk Datuk Siti dan habiskan kuih raya kat umah dia.. hahaha..


Amy Search..

Amy Search penyanyi rock yang memang lagenda habis.. bila pentas diambil olehnya dewan sudah bertukar menjadi Konsert Amy Search.. dah tak macam Malam gala Simply Siti dah.. memang peminat Amy ramai.. dikala Lagu Isabella dimainkan satu dewan turut bernyanyi.. oh best! 




Penutup ramai2 nyanyi lagu seindah biasa.. time nie aku usha mulut Amy Search nyanyi lagu nie sampai herot2 mulut dia.. hahaha.. best arr... Credit Picture to : terakarmo.com








1 comment:

Peluang ..... said...

ringgo and leenot ......