Nuffnang Ads

Monday, July 11, 2011

Komen disebalik : "Tolong!Awek Aku Pontianak"



Semalam aku berkesempatan untuk menonton movie.. sempat la sangat kan bile dah beli tiket last minit!! hahaa.. terima kasih kepada teman aku yang boleh beli secara online.. bertempat di TGV One Utama cerita bermula dengan Filem yang pada mulanya aku anggap lawak dan menyeronokan tetapi membuatkan aku tidor nyenyak jugak akhirnya.

Hall yang boleh memuatkan lebih 200 orang hanya diisi tidak sampai 50 orang.. sedih betul! itu sudah mengambarkan cerita nie best atau pun tidak.. hahaha..  munkinkah barisan pelakon yang tidak mantop menyebabkan sambutanya kureng..?? atau pun sebab Perhimpunan Bersih..?? 




Tak mau komen banyak.. ape yang boleh aku cakap cerita nie lebih layan ditayangkan untuk slot drama hujung minggu hari sabtu kat TV3 sebab nak diangkat sebagai Filem rasanya belum boleh lagi.. ceritanya ringan.. lawak yang boleh dibaca dan memang aku tak gelak sangat lah sebab dok berdengkurkan.. tapi kehadiran Harun Salim Bachik sedikit sebanyak membuatkan filem ini menarik.

Komen sambil tengok gambar lah!!


hehehe..


 


Tiga orang dungu.. hahaha.. 

 


Zahiril yang baru lepas dibelasah.. dah gaya zombie aku tengok.. Sazzy Falak menjadi kekasih pontianak.. ayu!!

 


Aflin bertindak sebagai ejen perumahan.. memang lawak tak leh bla.. hahaha...


Harun salim Bachik bertindak sebagai Bomoh dan Bell sebagai pembantu.. menjadi sungguh watak tok bomoh tu haha.. yer kew..??



 


Ada juga Avatar dalam nie.. hehe..

 


Nurul memegang watak sebagai Nadia.. kakak sulung kepada pontianak2.. hahaa motip tak jeles sangat akan kewujudanya..


So... sape belum gie tengok.. minggu nie masih boleh tengok..!! rasailah kehebatan mat rempit yang menyerah diri kepada polis hahaha yang itu adalah aksi yang paling lawak gila dalam filem nie.. 

Bape bintang nak kasi..?? 3..?? ok 3 bintang dari 10.. :)


No comments: