Nuffnang Ads


Friday, July 22, 2011

Malaysia vs Singapore : Rumput tiruan Stadium jalan besar..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixFyb7gyQSrRnRy13FQaSSq7NWaRbKrD3mOEsXu1o1dKLA8evmVbRexFfLqSqKSmr7Tn0NzzhhY0DpRcpR7ywIJuEt6hEkzj0tGDnZR-C26RERGP0cfzNi0QcmCxx5GhnHPnLyFEd37swF/s400/jbs-close-up.jpg


Hari ini akan berlangsung satu lagi perlawanan bola sepak yang melibatkan Skuad Harimau Malaya.. Setelah seminggu diuji dengan kehadiran bintang bola sepak dunia yang singgah di Kuala Lumpur dalam Lawatan Kelab Liga Perdana Inggeris ke Asia. sememangnya Skuad Malaysia bertuah kerana berpeluang untuk menimba pengalaman bersama 3 kelab handalan dunia dalam masa seminggu.


Malaysia dan Singapura akan berentap dalam Perlawanan Pertama Pusingan Kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. Apabila sudah berada di Pusingan Kedua harapan peminat bola sepak Malaysia sudah tentu tinggi mengunung untuk melihat Skuad Harimau Malaya pergi lebih jauh.. sekurangnya-kurangnya dapat berada di Pusingan Kelayakan Kalah Mati.

Di Asia Tenggara kini Malaysia boleh dikatakan berada di ranking No.1 bola sepak asia tenggara.  banyak kejutan dan peningkatan yang telah berlaku sejak tahun lepas. bermula dengan memenangi pingat emas Sukan Sea sebelum berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki ke Kuala Lumpur.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpMsbLBYInL_ujv0y9NPZ2Q2FVP2j0STg8QFpz_kvqDIFMyyZpTj_LJcTypyUZmChbXhZtbum2go0p8QueXlIoEVv_gVql5GWXV3UFx7EebPruZpYef2w5dkSaGW3os2IFDJnS2hMaQ4kf/s1600/Skuad+Harimau+Malaya+raikan+kejayaan.JPG


Langkah Persekutuan Bola Sepak Malaysia memecahkan 2 kumpulan untuk 2 misi iaitu Skuad Olimpik dan Skuad Piala Dunia nampaknya telah membuahkan hasil. tetapi untuk Malaysia pergi jauh bukan mudah.. masih banyak laluan yang perlu Harimau Malaya lalui.

Dan Petang nanti.. Malaysia akan bertemu dengan musuh tradisi.. Skuad Singapura yang kebanyakan dibarisi oleh pemain-pemain yang bukan dari Rakyat Singapura dan ternyata Singapura bergitu terdesak sehingga memberi kerakyatan kepada barisan pemain import mereka.

Stadium Jalan Besar.. Stadium keramat yang hampir mencecah usia seratus tahun ini adalah satu-satunya Stadium Bola Sepak terbaik yang ada di Singapura selain Stadium Nasional Singapura. . Stadium yang boleh memuatkan 6 ribu penonton ini menjadi tempat latihan skuad pelapis Singapura dan venue perlawanan Liga Singapura. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Em4RWTMaYLsM2q3oUf3YlTMXSVCXdfTtF4ya1JfqBIqCz5dn7bK-Etr8A1LSYR6JpiA6QV33HNWUrvcMYkUiyqWXi2XfC6_6OqgHIuzFqMb5vNT7X_oE5SOwoz5rnhO-5HiKtPsdUXIH/s400/jbs-new+turf.jpg

Apa yang akan membuatkan perlawanan  hari ini lain  ialah padang! pemain akan beraksi di atas padang tiruan.. tidak seperti Stadium nasional Bukit Jalil yang sememangnya berlopak tetapi ianya bersesuaian untuk perlawanan bola sepak.
 

Cabaran itu perlu dilalui oleh pemain Malaysia hari ini.. aku yakin mereka dapat melakukan sebaik munkin kerana Pemain malaysia bukan tak pernah jumpa rumput tiruan nie.. sebab padang latihan di Komplek Sukan Bukit Jalil pun rumput tiruan. dan di kem latihan FAM di Kelana Jaya pun ada yang berumput tiruan.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimjYV3QTQ05A3KP_aLOL8bAZ2W9U5u7kfz4BXp9LQ8K_G3F8fNA3kqs0pb6oVjAY6CAL6doP8i0QB_s8pJhiKO6f9Fi6l3L90F37k_QL7cfJPBb-2c65cwRaJLQUxkK4JwXoAOQFYL_6Jp/s400/IMAGE_059.jpg



Harapan Rakyat Malaysia sangat tinggi.. walaupun skuad negara membawa misi hanya menyeberangi tembok akan tetapi semangat Rakyat Malaysia kini sudah berada di Brazil. semoga Skuad kedalian Datuk K.Rajagopal akan  memberi sesuatu khabar yang mengembirakan pada seluruh Rakayat Malaysia yang sedia menanti dan terus menanti akan kecemerlangan Skuad Harimau Malaya.



http://i.okezone.com/content/2010/12/15/51/403856/AFYSLZBjgs.jpg


Tanah tumpahnya Darahku...


1 comment:

mcm ni lah said...

perghh semangat aku bace tulisan ko neh,.