Nuffnang Ads

Monday, July 25, 2011

Malaysia vs Singapore : Stadium Nasional Bukit Jalil penentu segalanya..

http://2.bp.blogspot.com/-tb7iN1JfWbc/TisHRtEhdjI/AAAAAAAAAUg/sr_Rlt3DGG4/s320/malaysia+vs+singapore+28+julai+2011.jpg



Berbekalkan kekalahan 5 - 3 dari Stadium Jalan Besar untuk dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil nampak hanya tinggal bayang-bayang sahaja untuk melihat akan nama Malaysia berada dikalangan 20 pasukan terbaik asia untuk Pusingan Kelayakan Zon Asia ke Piala Dunia 2014 di Brazil.


http://sokernet.com/wp-content/uploads/2011/07/piala-dunia-2014a4.jpg



kuad Harimau Malaya memerlukan sesuatu keajaiban untuk dibuktikan kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia. jika tidak punah lah segala kepercayaan dan semangat penyokong Harimau Malaya yang kini sudah kembali dari lena sejak sekian lama.

Segalanya hanya tinggal di Stadium Bukit Jalil sebagai pintu sama ada untuk meneruskan jalan atau sebagai penutup peluang Malaysia untuk terus beraksi menuju ke Brazil.

Melihatkan akan aksi di Singapura minggu lepas sudah dapat meninggalkan parut kesedihan buat peminat dan penyokong yang hadir ke sana untuk memberi sokongan. bahagian pertahanan Malaysia dilihat sangat lemah dan itu juga penyumbang kepada kemenangan besar 2 Kelab Bola Sepak England yang berkunjung ke Kuala Lumpur minggu lepas.


Gol mudah yang berjaya Singapura dapat sesuangguhnya tidak dapat diterima  oleh otak pemikiran peminat bola Malaysia.. Datuk K. Rajagopal harus melakukan sesuatu sebelum sepak mula khamis ini untuk mengembalikan harapan mengunung rakyat Malaysia.


Singapura boleh dikalahkan.. dengan cara...

Padang rumput original

Sesungguhnya Skuad Singapura lebih hebat bermain di Padang Tiruan. dimana kebanyakan latihan mereka dilakukan di padang tiruan.. selain itu hampir kesemua perlawanan liga s Singapura berlangsung di padang tiruan.

Rumput Asli Stadium Nasional bakal memberi kesan kepada corak permainan skuad Singapura.. jika Chelsea bermati-matian bermain untuk dapatkan 1 gol.. tidak mustahil Singapura juga akan pulang dengan tangan kosong dari bukit jalil.








Shafee Sali

Penyerang kebangsaan yang berkelana di Pelita FC nie boleh dianggap sebagai kemunculan Mokhtar Dahari versi baru dalam kancah bola sepak tanah air.. serangan pantas yang beliau lakukan sering menghasilkan gol..

Selepas ketua pasukan Shafiq Rahim yang dilayangkan kad merah di Singapura.. harapan Malaysia kini terletak dibahu Shafee Sali sebagai penyudah sambil dibantu oleh Amirul Hadi yang nampak menjadi.





Penyokong Malaysia

Sedia maklum jika minggu lepas perlawanan di Singapura hanya boleh dihadiri oleh 6 ribu penonton sahaja.. tetapi Khamis ini Stadium keramat yang boleh memuatkan 100 ribu penonton bakal dihidangkan kepada Skuad Singapura..






Kelebihan anak tempatan..

Singapura yang dibarisi oleh kuda tua kelahiran asing yang menjadi harapan skuad mereka.. Malaysia sudah bersedia dengan 100% buatan Malaysia khamis ini.. daripada penonton di Stadium sampai ke Coach semuanya Buatan Malaysia..Bangga!






Dan...

Jika pemain - pemain negara masih leka dan masih tidak sedar diri.. tidak mustahil Singapura akan gelak satu temasek sebab menang di gelanggang keramat lawan.





Bagi Rakyat Malaysia yang berada di Sekitar Lembah Klang.. Ayuhla turun buat kali terakhir untuk memberi semangat kepada Skuad Bola Sepak Negara..!! Tanah Tumpahnya Darahku... Assalamulaikum..

No comments: