Nuffnang Ads


Sunday, July 3, 2011

Transformers: Dark of the Moon.. indah khabar dari rupa..

http://www.greatnewmovies.com/wp-content/uploads/Transformers-Dark-of-the-Moon-fetches-13.5-million-at-box-office.jpg


Aku berjaya juga untuk menonton filem robot paling dinanti-nantikan nie pada malam minggu kemarin dengan jayanya.. 3D lagi taw.. kesungguhan dan kecekalan mencari tiket akhirnya membuahkan hasil.. duduk seat tepi mendonggak!!

Apa yang boleh dikomen mengenai filem transformers kali ini adalah tidak lebih dari sebuah filem sejarah dan penuh dengan tipu helah yang sebati dengan Amerika Syarikat.. bermula dengan kisah rancangan dan pendaratan manusia pertama kali di bulan hinggakan ke pusat tinggalan bandar yang tercemar akibat radiasi nuklear chernobyl dibawa masuk kedalam cerita kali ini.


http://top10movie.net/wp-content/uploads/Shia-Lebouf-Transformers-Dark-of-the-Moon.jpg


2 Jam 30 Minit ditambah dengan iklan pembukaan sebelum cerita hampir 30 minit sudah cukup untuk samakan cerita ini tidak lebih menyerupai cerita hindustan.. jika pada filem transformers yang pertama dahulu penonton boleh agak teruja dengan  bumble bee tapi untuk filem yang ke 3 ini korang akan rasa menyampah habis pulak dengan banyak nya robot dalam cerita nie. sampaikan binatang peliharaan pun nak dirobotkan.. jadi plot ceritanya tidak lah best sangat..

Watak Rosie Alice Huntington-Whiteley sebagai heroin pada kali ini hanyalah sekadar wanita seksi yang semak mata memandang.. tak nampak apa tugas beliau sebagai seorang heroin yang boleh dibanggakan pun aksi pertolongan menentang autobot di penghujung cerita.. itu jerk la.. dari mula memang dia bertugas memang watak sebagai menyemak... 


http://www.aceshowbiz.com/images/news/fresh_and_explosive_transformers_dark_of_the_moon_pics.jpg


Jadi nak diupdate kan cerita aku rasa cerita nie hanyalah indah khabar dari rupa.. sebab cerita nie juga telah menidurkan aku dalam panggung untuk berada dalam senarai cerita tak best!! hahaha.. 



4 comments:

Unknown said...

betol...sangat x best...bosan n membazir duit bg aku yg sudah tgk cerita ini...

budakbandunglaici said...

betol ke tak best??
lom tengok lagi ni

rozaini said...

tgk 3D la weh baru best.....

Seindah.Bidadari said...

sy pun rs ada kureeeeng dlm cerita ni...