Nuffnang Ads

Tuesday, August 9, 2011

Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri.. Kehebatan Murtabak Gombak..!!



Bazar Ramadhan seterusnya untuk aku review kan kat sini ialah Bazar Ramadhan Tasik Permaisuri.. siapa yang teringin nak pergi memang harus pergi sebab jumlah gerainya saja mencecah 300 bijik!! Bazar Ramadhan paling panjang aku pernah jalanlah!


Tahun lepas aku pernah pergi Bazar nie jadi tahun nie memang harus pergi lagi sebab memang best gile..! kalau tahun lepas keterujaan terhadap Teh Ais Vanilla menjadi tajuk utama.. kali ini Murtabak Gombak menjadi pilihan.





 Pak Long Sup Utara.. ramai jugak yang jual sup kat sini.. tapi aku tak nampak pulak Sup Meletop masuk Bazar tahun nie..





Ini dia Kerang sambal dan Lala masak sambal.. memang jarang jumpa kat bazar-bazar lain.. kat sini memang laku habis..!!





 Ayam Dara Kota Bharu.. jauh mari tu..






 Terliur wow tengok banner dia nie.. hahaha






Susunan Tepung Pelita dalam bekas yg nampak tradisional tu memang sedap.. dan tidak mengecewakan.





 Masih ingat akan Teh Ais Vanilla..?? Awek nie sedang khusyuk membancuh Teh Ais Vanilla..  tapi tahun nie kau cuba Air Koko Asli juga dari awek nie punya gerai.. sememangnya terbaek!!!!





Nie Ayam Golek paling Popular kat Bazar nie sebab org punya la beratur nak beli.. ayam pun tak habis golek lagi tapi org dah penuh dok keliling meja.. Menurut tuan kedai ini resepi ayam golek asli dari Turki..!!





 Ini dia Murtabak Gombak!!!





Ada 2 kaunter dibuka.. sebelah kiri dan kanan.. jangan potong Q sebab penjual mengenali setiap pelangganya yang tidak beratur.. hahaha..




Nampak hebat habis si tukang masak.. padahal keje dia alih murtabak atas kuali jerk.. walaupun orang lain jual murtabak RM 2 dia nie jual RM 2.50 orang lebih ramai beli kat Murtabak Gombak.


Lokasi lebih tepat Bazar nie terletak berhampiran pintu masuk Hospitak Universiti Kebangsaan Malaysia.. atau lebih dekat lagi.. sebelah Stadium Bola Sepak Cheras.


No comments: