Nuffnang Ads

Thursday, August 25, 2011

Saya anak bangsa Malaysia yang Merdeka..??

http://seikenkarate.files.wordpress.com/2008/08/samposter_b.jpg


Tinggal 4 hari sahaja lagi tanggal 31 Ogos hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia buat kali ke 54 akan menjelma. ramai rakyat pada masa kini tidak mengerti akan apa itu Hari Kebangsaan selain dari Hari untuk menyambut kemerdekaan negara yang bebas dari tangan penjajah British.

Bagi mereka yang lahir pada tahun sebelum merdeka munkin akan lebih menhayati akan erti kemerdekaan ini.. tetapi pada kita yang lahir dikala Negara sudah mencapai kemerdekaan apa kita pedulik akan tarikh dan hari kemerdekaan negara kita..??


http://fadzliyusof.com/wp-content/uploads/2008/08/merdeka.jpg



Berapa ramai antara kita yang hafal lagu Negaraku..?? Rukun Negara..?? Bilangan Negeri yang terdapat di Malaysia..?? itu baru sikit punya soalan.. berapa ramai antara kita yang ambil tahu akan siapa pemerintah tertinggi untuk negara kita..?? siapa yang mentadbir dan menguruskan kerajaan kita..?? 

Jika korang ambil kisah dan tahu akan apa itu erti kemerdekaan sudah pasti korang akan menghargai akan apa yang melibatkan negara korang nie.!



http://img244.imageshack.us/img244/1432/merdeka2008jt1.jpg



Jika dahulu orang sanggup habiskan duit untuk beli bendera untuk diletakan dirumah dan kereta.. sekarang sampai kena kasi free dan pasangkan pulak untuk kita merayakan hari kemerdekaan.. jika dulu kita menyanyi lagu negaraku tiap hari disekolah punya semangat.. sekarang nak tunggu Harimau Malaya masuk final bola sepak baru nak dengar dan menyanyi lagu negaraku dengan kuat  mengalahkan singa tercekik tulang.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah tumpahnya darah korang nie.. haruslah korang lebih patriotik dan tidak hanya berpolitik semata-mata.. kerana tanah tumpahnya darah korang ini sahaja yang ada untuk dijaga supaya ia tidak dijajah kembali. lahir dikala negara sudah senang memang susah untuk kita merasai akan kesusahan orang yang lahir sebelum mereka senang.. haa same-same la fikirkan.



Jadilah anak Malaysia yang sejati....






Kerana dengan hidup dalam 1 Malaysia akan membuatkan korang lebih dihormati..





Jadi korang dengarlah lagu dari arwah Datuk Sudirman nie sebaik munkin.. 






Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54 Malaysia!!!

 

No comments: