Hudud kini menjadi perbualan kembali dalam kancah politik tanah air. ini berikutan cabaran yang dikemukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sudah menjadi satu manifesto bagi Nik Abdul Aziz untuk melaksanakan hukum hudud di negeri kelantan 20 tahun dahulu dimana beliau berjaya merampas negeri itu dari Umno. kini selepas 20 tahun ianya masih belum menjadi realiti.
Banyak dugaan dan cabaran yang menghalang dari hukum hudud itu dilaksanakan. walaupun negara kita diiktiraf sebagai Negara Islam tetapi amat sukar untuk dilaksanakan.
Tidak semua Negara Islam didunia yang melaksanakan hukum hudud ini.
Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Dan antara kesalahan yang termaktub dalam hukuman hudud adalah seperti berikut :-
- Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
- Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
- Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
- Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
- Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
- Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
- Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
Didalam negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum ini amat sukar bagi kita untuk melaksanakan hukum hudud itu menjadi nyata. kesepakatan yang perlu diambil oleh semua kaum untuk menentukan sesuatu tindakan atau perubahan menampakan jalan yang sukar bagi kita melihat Hudud dilaksanakan.
Adakah Kelantan boleh melaksanakan Hudud..??
Kelantan boleh melaksanakan hukum hudud jika mereka mahu.. tetapi mereka perlukan sokongan dari seluruh Rakyat Kelantan untuk melaksanakanya.. jika semua kaum di Kelantan seperti cina, india atau pun yang beragama siam restu akan hudud dilaksanakan.. tidak mustahil ianya menjadi kenyataan.
Lihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh pemerintah di Acheh.. mereka tidak terikat dengan undang-undang di pihak kerajaan persekutuan malah melaksanakan hukum hudud itu bagi wilayah mereka sahaja. bagaimana mudah acheh melaksanakan hukum hudud..?? kerana populasi penduduk disana 95% adalah islam.. ianya mudah.. Kelantan..??
Jadi untuk melihat hudud dilaksanakan di Malaysia amat sukar.. walaupun ianya adalah satu yang ditentukan oleh Allah.