Nuffnang Ads

Saturday, September 10, 2011

10 tahun selepas serangan 11 sept. 2001

http://3.bp.blogspot.com/_4_HGWkCb6Bs/TGuoPVnBBZI/AAAAAAAAADw/7gf7D_MNTZM/s1600/tragedi-11-september-2001.jpg



Hari ini genap 10 tahun serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia New York yang telah mengorbankan lebih 3 ribu nyawa, kejadian pada awal pagi 11 september 2001 telah mengejutkan seluruh dunia dimana serangan yang disyaki dilakukan oleh pangganas islam itu berlaku di sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia yang dilengkap dengan system pertahanan ketenteraan dan perisikan terbaik didunia.



http://i.i.com.com/cnwk.1d/i/tim//2010/02/10/8.jpg



Serangan ke Atas WTC, New York

Menara berkembar World Trend Centre New York merupakan bangunan tertinggi di bandaraya New York pada masa itu, dengan ketinggian 110 tingkat setiap satu bangunan ia menjadikan satu lambang kemegahan ekonomi Amerika Syarikat.



Rempuhan 2 buat pesawat penumpang ke atas ke dua buah bangunan terbabit telah mengubah keseluruhan suasana bandaraya paling sibuk didunia itu, dalam tempoh 2 jam selepas rempuhan kedua2 bangunan itu rebah ke bumi seluruh New York berdebu.!


Tempoh sebulan diperlukan untuk membersihkan kawasan sekitar dan setahun diperlukan untuk membersihkan kawasan runtuhan terbabit. selain nyawa kesemua penumpang didalam pesawat yang terbunuh.. sebahagian pekerja yang bekerja di WTC pada masa itu turut terkorban.


Serangan ke Atas Pentagon

Dikala seluruh Stesen TV membuat liputan langsung apa yang terjadi di New York selepas serangan itu, Pentagon dikejutkan dengan rempuhan pesawat yang ke tiga yang merempuh sebahagian besar Pentagon.

Pentagon adalah Ibu Pejabat ketenteraan Amerika Syarikat, Bangunan yang dianggap sebagai bangunan pejabat yang paling besar didunia itu dilengkap dengan system pengawalan yang tercanggih didunia pada masa itu.

125 kakitangan Pentagon terkorban akibat serangan berkenaan termasuk 59 penumpang didalam pesawat Ameica Airlines yang berada didalam pesawat.


Serangan ke Atas White House - Capital Hill Washington DC


Serangan terakhir berlaku di Shanksville dimana pesawat yang dikatakan bakal merempuh White House atau Bangunan Perlimen Amerika Syarikat Capital Hill jatuh sebelum sempat merempuh salah sebuah dari lambang kebesaran Amerika Syarikat itu.

Kesemua 40 orang yang berada didalam pesawat ke empat terbunuh. pesawat itu terhempas dikawasan lapang setelah tindakan sesetengah penumpang yang cuba bertindak menghalang perampas pesawat dari melakukan serangan ke atas salah sebuah bangunan berkenaan.


10 Tahun berlalu...


Selang beberapa hari selepas serangan orang yang paling berani pada masa itu Osama Ben Laden muncul dikaca Tv dengan rasa bangga dengan apa yang telah berlaku keatas Amerika dalam serangan penganas itu.

Osama Ben Laden pada masa itu adalah antara manusia yang menjadi buruan Amerika Syarikat, beliau dikaitkan dengan beberapa serangan keatas kepentingan milik Amerika di seluruh dunia. antaranya adalah serangan bom keatas pejabat kedutaan amerika di Kenya.


Kaitan Osama dengan negara yang beliau tinggal iaitu Afghanistan telah memberi lesen besar untuk Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas negara yang dianggap salah sebuah daripada negara paling miskin didunia itu.

Operasi besar-besaran itu turut disertai oleh sebilangan negara-negara sekutu Amerika yang sedia menurunkan anggota dan kelengkapan ketenteraan negara masaing-masing bagi memburu Osama Ben Laden. Nilai untuk siapa yang dapat kepala Osama Ben Laden pada masa itu mencecah 50 juta dollar!!

Islam Dilabel sebagai sebuah agama pengganas oleh orang amerika.. Islam juga dipandang rendah dan dicaci selepas peristiwa berkenaan. dan hingga kini Islam sukar untuk diterima di Amerika Syarikat.

Selepas dari serangan penggganas itu juga kawalan ke atas semua pintu masuk ke negara polis dunia itu menjadi sangat sukar dan sehingga kini ianya masih lagi ketat dan amat sukar bagi kita yang beragama islam untuk memasuki negara terbabit.


Hari ini selepas 10 tahun peristiwa berkenaan kawasan WTC, New York bakal berubah wajah.. pembangunan semua kawasan terbabit dengan pembinaan sebuah menara baru bakal mengubah lanskap Bandaraya New York.




http://actforamerica.files.wordpress.com/2010/08/groundzeropic1.jpg


Setiap tahun sambutan dilakukan bagi memperingati peristiwa 11 sept. 2001


http://gculture.blog.com/files/2010/11/Ground-Zero.jpg



Bangunan baru WTC New York yang dijangka siap pada tahun 2014 penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan tahan rempuhan.



No comments: