Nuffnang Ads

Wednesday, September 21, 2011

Harapan mengunung Rakyat Malaysia pada Bola Sepak..!!





Bola Sepak merupakan sukan yang paling diminati diseluruh dunia.. dengan bola sepak sesebuah negara itu dihormati dan dikenali diseluruh dunia. dengan bola sepak jugak boleh dilihat perpaduan yang terjalin dikalangan kita antara satu sama lain.

Itulah hebatnya bola sepak. Malaysia tidak terkecuali.. walaupun Malaysia lebih dikenali sebagai kuasa Badminton dunia tetapi bola sepak adalah sukan yang paling ramai peminat di negara ini. kalau dilihat pada kereta dan pakaian hari-harian kita smeua sudah pasti tidak pernah sekali pun terlepas dengan bola sepak.. jersi.. stiker.. topi atau perbuatan harian mesti ada pasal bola.

Bola ibarat penyeri kehidupan sehari-harian.. dahulu negara kita merupakan antara jaguh bola sepak asia.. cukup digeruni oleh pasukan lawan.. kini itu semua tinggal sejarah.. lawan yang kita tewaskan pada suatu ketika dahulu kini menjadi juara ditahta asia. 

Untuk mengembalikan semua aura yang hilang bukanya mudah.. pengganti lagenda yang pernah membawa negara di kancah bola sepak dunia belum menampakan hasilnya. pelbagai cara telah dilakukan dan seluruh rakyat negara ini menaruh harapan yang tinggi untuk bola sepak kembali menyinar seperti 30 tahun yang lalu.





Kita punya segala-galanya.. Stadium yang terbaik dan canggih berbanding negara-negara lain.. penaja yang cukup gah untuk menyediakan set pakaian yang berkelas dunia.. menyediakan jurulatih yang terbaik untuk membimbing skuad negara.. tetapi sehingga kini masih belum menampakan hasilnya.








Jika diukur pada kemenangan Piala Suzuki tahun lepas nampaknya kita hanya boleh berbangga dengan kemenangan yang itu sahaja.. sebab selepas dari kita memegang piala itu.. tidak nampak akan sesuatu perubahan yang menyinar untuk bola sepak negara.. walaupun kalau nak diukur pada beberapa pemain yang mendapat perhatian oleh kelab-kelab luar negara.. tetapi itu tidak cukup untuk dibuktikan bila bermain untuk satu pasukan.









Semoga aura kebangkitan penyokong-penyokong bola sepak negara yang kembali membara kini dapat memberi satu pertanda yang baik untuk bola sepak negara. jangan kita mudah putus asa.. seharusnya kita mengkaji dan lihat balik apa kelemahan kita dan perbaikan kelemahan kita itu sebaik munkin.




















No comments: