Nuffnang Ads

Monday, September 19, 2011

Konspirasi Video seks Ketua Pembangkang - Rakyat sudah pening..




Isu Video Seks yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masuk babak baru.. kemarin blogger Papa Gomo mendedahkan sebuah lagi rakaman video yang dikatakan diambil dari CCTV kawalan keselamatan di sebuah Apartment dimana Video Seks pertama didedahkan.


Video Pendedahan 



Video terbaru yang didedahkan juga dikatakan akan menjadi sebahagian dari bukti yang akan dibawa ke dalam mahkamah. timbul banyak persoalan yang berlegar-legar dibenak kepala rakyat malaysia kini.. mana satu yang betul..!!


 Video pendedahan dari Papa Gomo







Dato Syazrly Eskay sebagai orang penting yang mendedahkan video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.. dan lebih menjadi tanda tanya kenapa beliau turut serta dalam pembikinan video ini.. apa motif beliau..

Adakah persahabatan yang dahulunya akrab kini menjadi dendam antara satu sama lain..?? ini bukan sikit punya konspirasi.. ini melibatkan maruah orang.. 


Beberapa soalan yang membuatkan orang pening :-


1 - Pada pendedahan klip video seks dahulu trio Datuk T mengatakan yang video seks itu dirakamkan sebuah hotel.. dan video pendedahan Papa Gomo mengatakan mereka di Apartment.


2 - Didalam Video Seks yang pertama wajah seorang lelaki didalam video tidak jeles untuk disyaki itu adalah Dato Syazrly Eskay.. tetapi video Papa Gomo jeles memperlihatkan akan kehadiran Anwar Ibrahim dan Dato Syazrly Eskay pada masa itu.


3 - Dato Syazrly Eskay begitu lantang mengesahkan Anwar Ibrahim adalah pelaku didalam video seks berkenaan.. tetapi video Papa Gomo memperlihatkan akan keakraban mereka berdua hadir menaiki kereta dan lif yang sama.


Munkin tidak semua rakyat akan ambil kisah tentang hal ini.. tetapi kesan bagi yang ambil kisah tentang hal ini akan memburukan kerajaan yang sedia ada kini.. ia melibatkan banyak pihak.. jangan kerana dendam orang lain yang jadi masa.. rakyat harus tahu pekara yang sebenar.. 



* adakah ini juga salah satu dari pertanda pilihanraya sudah makin hampir..?? jeng.. jeng.. jeng..





No comments: