Kapten sebuah kapal yang tersangkut pada terumbu karang di pantai New Zealand minggu lalu dihadapkan di mahkamah hari ini atas dakwaan menyebabkan lebih 70 kontena terjatuh ke dalam laut serta berlaku tumpahan minyak yang mencemarkan pantai negara ini.
Mauro Balomanga, warga Filipina, dihadapkan ke mahkamah di Tauranga atas dakwaan mengendalikan kapal secara berbahaya dan berisiko, sekali gus menyebabkan New Zealand berdepan dengan pencemaran maritim terburuk.
Kira-kira 300 tan minyak hitam tumpah di sekitar Bay of Plenty sejak kapal tersebut tersangkut selepas terlanggar terumbu karang Astrolabe terletak 22 kilometer dari persisiran pantai North Island pada Rabu lalu.
Menurut Maritim New Zealand (MNZ), kontena-kontena di atas kapal itu jatuh ke dalam laut.
"Kapal itu membawa 1,368 kontena, manakala 11 daripadanya mengandungi bahan berbahaya dan masih berada di atas kapal itu," katanya dalam satu kenyataan.

kesan-kesan!...
Woww.. gile rugi!!
Kapal terbelah dua...
kalau dalam kontena tu kereta ferrari.. huh!
Ketam menjadi mangsa... akibat tumpahan minyak..
burung pun kena tempiasnya...
pinggu pun terima nasib yang sama...
permandangan dari udara keadaan tumpahan minyak yang berlaku...
anggota polis terpaksa mengawal sekitar persisir pantai.. ini kerana banyak kecurian belaku akibat dari kontena-kontena yang hanyut di tepi pantai..
Dasyat kot!!
No comments:
Post a Comment