Nuffnang Ads


Tuesday, October 25, 2011

apis tak kisah.. tapi aku kisah...




Korang mesti tak kenal dengan Muhammad Hafiz Ismail.. begitu juga aku.. sapa beliau..?? hari ini nama beliau naik mengalahkan harga saham wall street.. beliau penerima Anugerah Terbaik Perdana Menteri di Anugerah MSC Malaysia Asia-Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2011, menerusi blognya, "Life Through My Eyes' (www.apistakkisah.blogspot.com).






Muhammad Hafiz telah menewaskan hampir 250 pencalonan lain yang kebanyakanya penulis blog tegar..!.
Menurut kenyataan itu, 246 syarikat tempatan, individu dan pelajar menghantar penyelesaian teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) buatan Malaysia mereka untuk bersaing dalam 19 kategori dan 35 pencalonan dipilih sebagai sama ada pemenang atau merit dalam kategori masing-masing.


Beliau akan mewakili Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa di Anugerah International APICTA di Pattaya, Thailand, akhir tahun ini.

*wow.. saspek giler lah.. blog dia tu kalo korang tengok tak semenaggah mana pon.. ibarat rebanm tak siap pon ade.. akan tetapi nilai dan apa yang cuba dia sampaikan kepada pengguna itu lebih penting dari rupa blog itu sendiri.



 Aku dapat tahu yang apis juga merupakan seorang guru disebuah kawasan perdalaman yang kebanyakan anak muridnya adalah anak-anak orang asli..


Kebanyakan penulis blog kini lebih suka glemer dari membuat sesuatu yang lebih baik.. menghasilkan sesuatu yang bermutu tanpa mengira blog ko cantik kew.. orang komen blog ko kew.. biarkan itu semua.. orang tak menilai ko banyak follower ngan traffic yang mencanak 24 jam non stop tu..

Tahniah sekali lagi buat apis yang tak kisah..!!



Blog Apis tak kisah!!


No comments: