Nuffnang Ads


Tuesday, October 25, 2011

Piala Malaysia.. Terengganu vs Negeri Sembilan.. Boikot..??



Nampaknya keputusan badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.. Terengganu menentang Negeri Sembilan makin mendapat tumpunan.. hari ini pelbagai pihak melemparkan rasa tidak puas hati diatas kenaikan harga tiket perlawan yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam sabtu ini.



http://darkbatman.com/wp-content/uploads/2010/10/piala_malaysia.jpg



FAM dikatakan tidak mengambil kira keadaan ekonomi semasa.. dan kepayahan kedua-dua penyokong yang bakal hadir ke Shah Alam nanti.. kenaikan harga tiket itu bakal meningkatkan lagi kos penyokong yang bakal hadir terutama sekali buat penyokong Terengganu yang bakal mengharungi perjalanan yang jauh.


ramai penyokong Terengganu memboikot untuk tidak turun ke Shah Alam untuk menyaksikan secara langsung perlawanan akhir itu nanti sehingga penjualan tiket di Kuala Terengganu dikatakan ditangguhkan kerana tiada pembeli.. Kerajaan Negeri pula terpaksa memberi subsidi 50% untuk para penyokong yang hendak turun ke Shah Alam.. maknaya Kerajaan Negeri terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk cover balik harga tiket sebenar..!!



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiIKtBBhyphenhyphenXHrceL4iQ2lBhQRITI67qRM1Bq0B_Ms9Z65kOk3qEplEtYyI103dGHaK3fhUeonD386dLWuRfcdOus16xdmCqcBKcknj1TBOsgXFQAXlLSSEoG5_1rzyeTL0Yed14FQEMduxJ7/s400/pyokong1.jpg



Diharap masalah suka hati FAM ini tidak terbawak-bawak sampai bila-bila.. jika ini terusan berlaku.. nescaya.. besok lusa stadium pasti sunyi kembali seperti 10 tahun yang lepas..


No comments: