Nuffnang Ads


Thursday, October 13, 2011

Bob Lokman pilih Pas.. Awie join Umno..



Hero filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menjadi Ahli Umno. ini satu tamparan buat Pas yang juga menjadi calon Parti politik dikalangan selebriti tanah air. 

Ada beberapa lagi anak seni yang bakal menyerahkan borng keahlian untuk menyertai UMNO dalm masa terdekat ini.. sama-sama kita nantikan.. sebelum ini penyanyi dan pengacara AC Mizal turun menyertai UMNO.

Baru-baru ini Awie menemplak Bob Lokman dalam Isu beliau ditahan oleh Jais.. ikuti kisahnya dibawah






KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.


* dengar citer Mamat Khalid pun nak join UMNO gak.. bertambahla geng Hantu Kak Limah dalam UMNO.. hehehe.. Chaiyok!! 



No comments: