Nuffnang Ads

Thursday, October 20, 2011

Budak hingus Youtube akan buat persembahan di Anugerah AIM 18..!!

http://munsyeed.com/v1.9/wp-content/uploads/2011/09/aim-18-150x150.jpg


Senarai pengacara untuk Majlis Anugerah Industri Muzik terbesar negara telah pun diumumkan Zizan Raja Lawak akan bergandingan dengan Dato AC Mizal untuk menjadi host majlis yang gilang gemilang tu nanti.

Senarai pencalonan jugak sudah lama dikeluarkan oleh penganjur.. mereka yang akan menyampaikan anugerah juga telah diumumkan semalam antaranya ialah Kumpulan Search, Ziana Zain, Fauziah Latif, Remy Ishak, Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Tony Eusoff, Nora, Sarimah Ibrahim, Ramlah Ram dan Syamsul Yusof.



Greyson Chance


Untuk menampakan kelas yang tersendiri pada persembahan anugerah itu penganjur tahun ini menjemput Greyson Chance sebagai artis undangan membuat persembahan. dikatakan Greyson akan membuat persembahan dengan penyanyi Najwa Latif!! wow..!!

Untuk pengetahuan semua kedua2 penyanyi ini menjadi popular dari Youtube!! Najwa yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku sehingga kini video lagu itu di Youtube sudah ditonton lebih dari 3 juta kali.. akan tetapi Greyson lagi hebat.. Lagu Paparazi nyanyi Lady Gaga yang beliau persembahkan sudah ditonton lebih 43 juta kali!! sedap sangat kah sore budak hingusan ini..?? korang leh tengok sendiri..




Greyson Chance Singing Paparazzi

Najwa Latif - Cinta Muka Buku







ok.. tak sabar..!!!







No comments: