Nuffnang Ads


Monday, October 10, 2011

Dato Ahmad Jais telah kembali ke rahmatullah.. Hilangnya sebutir lagi suara emas..

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYSym9D9UbDmN7zGHNuIBGRVBdfVbERUQNXTiyMU8kEo2IQlEFNF0BQqYtROkoGwgqGllUIbNOlWqxv6gh-L0aiS2Hvxfv-0Yn-OqtJAW_CaqbE9NsAM2cw7XuE8oNbI1sb-j_4frgGaEB/s320/Ahmad+Jais.bmp


Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.



BUDI SETAHUN SEGUNUNG INTAN

 







Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.


Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.



Bahtera Merdeka






Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.


Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.

 Lagu Raya yang sememangnya terbaik!!!!









Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.

 Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi. 



Lagu Beliau nie akan dikenang untuk beberapa abad akan datang..








http://kebunketereh.com/wp-content/uploads/2011/09/Al-Fatihah.gif




No comments: