Kurang 30 jam lagi Stadium Shah Alam akan menyaksikan pertembungan 2 pasukan bola sepak untuk merebut Piala Malaysia edisi 2011. Piala yang tertua dalam saingan bola sepak asia ini bakal menyaksikan Juara Piala FA Terengganu bakal berdepan dengan finalis Piala Malaysia 2010 Negeri Sembilan.
Lagu Rasmi Pasukan Bola Sepak Terengganu
Diatas kertas Terengganu dilihat sebagai pasukan yang paling menyerlah tahun ini mengalahkan juara Piala Malaysia 2010 Kelantan pada aksi suku akhir sungguh menampakan yang skuad penyu inginkan Piala Malaysia sampai ke negeri itu setelah kali terakhir membawa pulang Piala itu di Terengganu pada 2001. tempoh 10 tahun sudah cukup lama bagi mereka.
Adakah Skuad Penyu bakal juara 2011..??
Negeri Sembilan juga tidak kurang hebatnya dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini skuad hobin jang hobin sudah 3 kali beraksi di Final dan tahun lepas Piala Malaysia berjaya dibawa ke Seremban setelah lebih 62 tahun mengindamkan piala itu. dibarisi oleh sebilangan pemain yang berpengalaman sudah pasti akan memberi lauk yang istimewa buat sang penyu di Shah Alam esok.
Lagu Rasmi Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan
Akan tetapi Joseph Kalang Tie bakal menjadi penghalang buat skuad hobin apabila bersaing di atas padang nanti.. semua percaturan pemain yang berasal dari Sarawak ini menjadi pemusnah skuad lawan sejak dalam saingan mula lagi. Terengganu yang kebanyakan dibarisi oleh skuad kebangsaan bawah 23 tahun juga menjadi titik tolak kepada sebarang rentak yang bakal dihidang skuad hobin.
Mereka tak pernah mengaku kalah...
Semuanya bakal terjawab malam esok.. negeri manakah yang akan membawa pulang piala keagungan bola sepak Malaysia ini. disulami dengan masalah kenaikan harga tiket oleh badan induk bola sepak kebangsaan FAM sedikit sebanyak menghangatkan lagi kempen final tahun ini.
Sedikit perihal sejarah Piala Malaysia :-
1921 - Piala Malaysia mula dipertandingan atas nama Piala Malaya dan Singapura menjadi Juara edisi pertama.
1930 - Perlawanan akhir antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Singapura menang 3-0.
1949 - Kelab Tentera menjadi kelab pertama yang beraksi di Final Juara Malaysia.
1957 - Perak menjadi Juara pertama di Stadium Merdeka.
1962 - Kelantan menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal dimana Mohammad Che Su menyumbang lapan gol.
1963 - Selangor menewaskan Terengganu 18-0.
1998 - Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi Gelanggang Akhir Piala Malaysia.
2003 - Pasukan berstatus Kelab MBPJ menjadi kelab pertama yang berjaya menjuarai Piala Malaysia.
1 comment:
bukan selangor ke masuk final?
wakakakakakakakakakakaa
Post a Comment