Nuffnang Ads

Saturday, November 12, 2011

AIM 2011 : reality yang bukan fantasi...

 http://www.decrewz.com/wp-content/uploads/2011/11/AIM18.jpg




 

AIM 2011 selesai melabuhkan tirainya.. ternyata AIM punya kelas yang tersendiri bagi mengiktiraf mereka yang bergiat dalam Industri Seni muzik tanah air.. kehadiran bintang reality semakin diterima oleh peminat indutri seni di negara ini. malah ianya membuka peluang kepada bakat-bakat yang terpendam diiktiraf dan mendapat kepercayaan pendengar.

Kejayaan Yuna mencipta nama di pentas antarabangsa sudah cukup membanggakan.. kemunculan Najwa Latif sebagai ikon Youtube terbaru sudah mula diterima..

Yuna yang mengondol Penyanyi Wanita Terbaik sekali gus mengangkat lagu Penakut ciptaanya dipilih sebagai Lagu terbaik AIM 2011.

Datuk Shiela Majid yang teruja apabila album konsertnya tercalon untuk Album terbaik setelah sekian lama tidak tercalon nampaknya tahun ini menjadi tuah buat beliau apabila Album itu diangkat sebagai Album terbaik AIM tahun ni. 


Keputusan Penuh AIM 2011


Artis Baru Terbaik 
  • Najwa Latif
Lagu Pop Terbaik
  • Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain
Lagu Nasyid Terbaik
  • Pedoman VOU – Johan Nawawi – Nora feat VOU
Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • Got To Go – Najwa – Najwa
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu
  • Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan
Lagu Rock Terbaik
  • Pelita – Loque & API
Video Muzik terbaik – Pengarah
  • Ahmad Farish – Susun Silangkata oleh Aizat Amdan
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Artis
  • Ku Menunggu – Rossa
Artis Mobile Terbaik Celcom
  • Sixth Sense
Anugerah Kembara
  • Yuna
Anugerah Sri Wirama
  • Puan Beh Suat Peng
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lekaki
  • Anuar Zain – Sedetik Sudah
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
  • Yuna – Penakut
Lagu Terbaik
  • Yuna – Penakut
Album Terbaik
  • The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrtae 25 Years of Sheila Majid


2 comments:

tepijalan said...

artis baru terbaik Najwa Latif? bukan ke Najwa Mahiaddin?

kenshiro said...

hehehe kesilapan amat dikesali.. tQ..