Nuffnang Ads


Friday, November 4, 2011

Bermulanya perhimpunan di Padang Masyar...

http://duitcyber.com/wp-content/uploads/2011/09/wuquf-2008.jpg 




Esok 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia akan berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan wukuf beramai-ramai sebagai salah satu rukun sah haji. Perhimpunan bagi mengingati peristiwa Nabi Adam dan hawa yang diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh iblis.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZZ2Fpsb-Ib2dc7s1NS71dkh5BUoizCUjgnCWZIGWQee4Ihff_k-PlNHh_Bna3_1nF1him5vCV933G-0RKSItxC-zi9byP-5CgJl3eC6gTctn1SlFRENHJtXYkLFK7JZzRq0SOTJf5FrU/s1600/wukuf.JPG



Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu.Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.



 http://www.zawaj.com/events/hajj2003/going_to_muzdalifa.jpg


 Jemaah Haji Malaysia sudah mula bergerak menuju ke Padang Arafah selepas solat Azar tadi.. ketika ini hampir keseluruhan jemaah sedang menuju ke sana untuk bermalam.. walaupun jarak dari Masjidilharam hanya 5 KM tetapi pegerakan jemaah yang ramai menyukarkan mereka sampai dengan cepat. Jemaah Malaysia akan mengunakan bas yang disediakan oleh Pihak tabung Haji ke Arafah.


Sebanyak 700 buah bas disediakan oleh Tabung Haji untuk membawa 28 ribu jemaah dari Malaysia ke Padang Arafah. 3 ribu buah khemah disediakan untuk para jemaah haji Malaysia. 



Tunggu berita terkini pada update yang seterusnya....

No comments: