Nuffnang Ads


Thursday, November 17, 2011

Cinta dan Jodoh banyak bezanya...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfa0cVu8vJsqeFU58h3ORDkfvYnNDk-Dt4IY-z9hgm5bpxV8XRO296wbR35Ru-aB7V6r3uMZasdhfMI23dCeuy8Zbe0k2p6IYA_wS_POOWw1LwpMUtw9DOQm-xVdqJbdDBUBQMkGo-mRQj/s400/love_dating.jpg 



Orang selalu ingat yang cinta itu hadir maka itu adalah jodoh kita..
tapi sejauh manakah kebenaran itu..?? adakah jika kita sudah jatuh cinta pada seseorang maka dialah jodoh kita..?? jangan ambil mudah tentng itu kerana ianya sesuatu yng jauh bezanya dan memerlukan satu perjalanan yang panjang untuk disatukan.

Kita munkin mudah jatuh cinta pada sesiapa sahaja apa bila kita tertarik dengan seseorang.. akan tetapi adakah kita juga sudah cukup bersedia untuk memahami hati budi orang yang kita cintai itu..?? adakah perasaan kita itu same dengan orang yang kita cintai itu..?? 

Perjalanan cinta itu sungguh panjang dan banyak yang boleh kita pelajari sebelum kita benar-benar kenal erti jodoh pada diri kita. maka cinta itu hanyalah sekadar latihan atau satu titik permulaan untuk kita meneruskan kehidupan dengan jodoh kita.

Apa bila cinta itu diharungi dengan penuh liku dan memahami dengan penuh mendalam maka jodoh itu akan hadir kepada kita tanpa kita ragui. jangan sesekali kita mula bercinta selepas itu mengingkat cinta itu sebagai jodoh kita.

Kita munkin sering dengar yang bercinta selepas berkahwin itu satu yang biasa.. akan tetapi perkara seperti itu juga lah yang banyak terjadinya kes penceraian dan kecurangan yang berlaku. kita jangan mudah diperbodohkan dengan kata-kata orang yang sentiasa ada niat iri hati pada kita kerana hati kita itu hanya kita sahaja yang tahu.. dan jodoh kita itu hanya kita yang ketahui..



 http://www.tengkuaizat.com/wp-content/uploads/2010/01/agensi-cari-jodoh.jpg


Jodoh itu ditangan tuhan.. ini ibarat bayangan buah jatuh keriba.. jika kita beserah kepada takdir tanpa usaha.. nescaya kita akan membujang sampai ke tua.. hal ini bukan perkara main-main.. kita bukan hidup seperti 50 atau 60 tahun yang lalu.. zaman yang makin moden ini makin banyak yang boleh terjadi. dan otak manusia hari ini ada pelbagai cara untuk merosakan atau mengagalkan sebarang usaha kita ke arah kebaikan.

Jadi jika kita mudah jatuh cinta itu baik pada kita.. tetapi kita jangan lalai dengan cinta yang tidak memberi makna.. ambil pengajaran mengenai cinta itu untuk kita dapatkan jodoh.. isyallah kita akan temui jodoh.. :)