Nuffnang Ads

Tuesday, November 15, 2011

FFM-24 : Hikayat Merong Mahawangsa pilihan..!!




Debaran untuk Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 24 nampanya sudah hampir ke kemuncaknya, jika dilihat pada filem-filem yang menerjah pawagam sepanjang tahun ini dan tahun lalu sudah cukup menampakan kemeriahan industri perfileman tanah air.

Kalau dilihat pada filem-filem yang beraksi didalam Festival kali ini aku boleh cakapkan Filem Hikayat Merong Mahawangsa akan mendapat durian runtuh tahun ini. filem adaptasi kisah kepahlawanan melayu lama yang dibangunkan oleh KRU Studio ini bukan sahaja mendapat tempat dihati penonton Malaysia.. malah negara jiran juga memberi respon yang terbaik untuk filem ini.






Mendapat 12 pencalonan dari keseluruhan 23 kategori anugerah yang disediakan sudah cukup membuatkan filem ini punya harapan yang besar untuk membawa sekurang-kurangnya 6 anugerah. antara kategori yang tercalon untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa ialah  Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.


Dalam pada itu, filem Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia menerima 11 pencalonan dan diikuti rapat oleh filem KL Gangster (9), Khurafat dan Cun (8). Manakala filem Senjakala, Dalam Botol, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi dan Libas masing-masing menerima empat pencalonan. Selain itu, filem Flat 3A, Janin dan Sekali Lagi mendapat tiga pencalonan.


Sementara itu, filem Al-Hijab, Sumpahan Puaka, Mantra, Bini-Biniku Gangster, Hantu Boceng, Karak, Aku Bukan Bodoh dan Klip3GP masing-masing menerima dua pencalonan.


Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia' penyertaan FFM24 tahun ini menyaksikan penyertaan terbanyak dalam sejarah industri perfileman tanah air apabila sejumlah 41 buah filem cereka dipertandingkan berbanding 29 filem pada tahun sebelumnya.






Daripada jumlah tersebut, 13 buah filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) terpilih dalam saringan awal tersebut diikuti Grand Brilliance Sdn Bhd (7) dan Tayangan Unggul (5).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM24, Nancy Foo, pemilihan calon akhir FFM24 telah dibuat oleh sejumlah 14 orang juri profesional mengikut prosedur ditetapkan dan telah menandatangani surat akuan sumpah sebelum memulakan penjurian supaya ia telus dan adil.



 Tiz Zaqyah Pilihan untuk Pelakon Wanita Terbaik



"Format pemilihan adalah seperti yang telah digariskan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan tiada apa yang berubah," ujarnya pada sidang media di sini, Selasa.
Nancy juga berkata, senarai finalis Filem Terbaik yang tidak diumumkan pada majlis sidang media itu dan hanya akan diumumkan pada malam anugerah nanti.



 Shaheizy-Sam pilihan untuk Pelakon Lelaki Terbaik tahun nie..


Pada malam anugerah kelak, tiga Anugerah Perdana Khas turut disampaikan iaitu Filem Pilhan Penonton ASTRO, Pencapaian Gemilang dan Pencapaian Sepanjang Hayat.

Malam kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menampilkan persembahan lagu-lagu tema daripada filem dipertandingkan.
FFM24 dan akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).




No comments: