Nuffnang Ads

Monday, November 21, 2011

Rio Ferdinand Sokong Indonesia.. Liverpool ucap Tahniah..




Malaysia mengekalkan pingat emas acara bola sepak Sukan Sea untuk kedua kalinya malam ini dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan yang dianggap sebagai pertembungan dua musuh tradisi. kedua-dua pasukan mempunyai misi penting untuk merampas pingat emas kali ini.

Jika Malaysia dengan misi mengekalkan pingat yang dimenangi 2 tahun lalu di Laos, Indonesia pula dengan misi 21 tahun sudah tidak memegang pingat emas acara bola sepak Sukan Sea dimana kali terakhir mereka menangi pada tahun 1991.

Disaksikan lebih 100 ribu penyokong tuan rumah Indonesia memberikan saingan dari mula sehingga tamat masa perlawanan sehingga memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan.. selesai 10 minit masa tambahan keputusan tidak memihak bagi mana-mana pasukan sehinggalah sepakan penalti bagi menentukan pemenang.


Rio Ferdinand dalam twitternya menyokong penuh pasukan Indonesia.
Kemenangan Malaysia mendapat perhatian Kelab Ternama England Liverpool yang melakukan jelajah asianya ke Malaysia baru-baru ini.


 100 ribu penyokong Indonesia memenuhi Stadium hari ini.. Puluhan ribu lagi menyaksikan di luar stadium.



Sekali lagi Tahniah Harimau Malaya!!!



No comments: