Nuffnang Ads

Tuesday, December 13, 2011

Banjir Kilat @ Kuala Lumpur




Hujan lebat petang tadi sekitar Lembah Klang mengakibatkan sebilangan jalanraya ditenggelami air hari ini, keadaan bertambah teruk dikala ramai orang mulai pulang dari tempat kerja, sebilangan Jalan Tun Razak berhadapan dengan Perpustakaan Negara ditenggelami air setinggi 1 meter.


Banyak kereta tenggelam di kawasan tempat letak kereta di Pusat Latihan Telekom, Jalan Semarak. 30 kanak-kanak juga teperangkap di dalam sebuah tadika disebabkan banjir. 2 minggu lepas Kajang dilanda banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun akibat hujat lebat luar biasa selama 2 jam.



Jalan Tun Razak





Jalan di hadapan Perpustakaan


Waktu orang pulang kerja...



Tak boleh lalu..
 Kereta yang tenggelam dek banjir..



Malang tidak berbau..
kerugian bencana alam..



 Semoga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t..

Thanks Picture : Mediamalaya @ Facebook

2 comments:

Izzat Aziz said...

moga ini dijadikan pengajaran untuk semua, Tuhan tidak perlu beri pengajaran yang pelik-pelik cukuplah sekadar hujan.

rozaini said...

subhanallah!