Nuffnang Ads


Monday, December 12, 2011

Karpal Singh memang godfather..!!




12/12/11 – Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.

Kenyataan diatas adalah hujah yang keluar dari Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Aku tak nak tahu yang kejadian itu berlaku suka sama suka atau pun tak rela tapi suka ka.. yang aku nak tahu dan munkin seluruh rakyat dan penyokong nak tahu ialah adalah kejadian liwat ini benar-benar berlaku.. dan hari ini persoalan yang bermain di fikiran kita semua sudah terjawab.. kejadian ini benar-benar berlaku.!!


Apa yang dikeluarkan oleh Kapal Singh itu nampaknya telah menjawap banyak persoalan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh orang ramai, 

Kes Liwat melibatkan ketua pembangkang yang dicanang-canang sebagai satu konspirasi kerajaan bagi menjatuhkan ketua pembangkang itu nampaknya terbukti salah. malah kebenaran sudah dibuktikan dengan kenyataan Kapal Singh yang merumuskan kejadian liwat itu berlaku atas dasar suka sama suka..!!

Kes yang mencatat sejarah sebagai kes yang paling banyak kali ditangguh nampaknya juga telah dijawab kenapa sering ditangguh.  kerana dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kapal Singh nampak sangat ada yang tak kena dengan Anwar Ibrahim dalam kes ini.

Anwar Ibrahim dilihat sebagai mangsa keadaan dimana pelbagai pihak menyeru beliau melakukan sumpah di masjid seperti yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, Nampaknya tembelang beliau selama ini yang berdolak dalih untuk mengangkat sumpah juga sudah terjawab hari ini.

Kapal Singh dianggap sebagai pengemudi tongkang yang sedia maklum akan karam.. akan tetapi munkin janji dan termakan dengan kata-kata orang beliau sangguh mengemudi kapal yang sememangnya bakal karam itu.

Kapal Singh boleh dianggap antara peguam yang paling terer di Malaysia.. ketika beliau bermati-matian menghentam Anwar Ibrahim sebagai kaki liwat pada kes 1998 nampaknya kini sudah bertukar menjadi kawan rapat yang boleh bertepuk tampar bergembira bersama.

Bagi yang masih tidak mempercayai dan masih taksub kepada Anwar Ibrahim ini sudah pasti sudah menyediakan berdozen-dozen soalan tambahan yang seboleh-bolehnya mempertahankan pemimpin mereka ini walaupun kebenaranya sudah terbukti.!!
 



* Ayat Spin dari Kapal : Karpal yang menggulung hujahnya selama 44 minit itu, turut mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan Saiful Bukhari untuk menentukan status hubungan mereka bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.

* Ayat Spin dari Luar Kapal : apabila karpal mengatakan kejadian seks luar tabii suka sama suka, ia adalah bertujuan untuk timbulkan keraguan pada subjek pertuduhan saiful mengatakan dia diliwat secara paksa...



- Kita ada otak berfikir.. kita ada akidah untuk dibawa.. fikir-fikirkanlah dan selamat berfikir..!!


No comments: