Nuffnang Ads

Friday, December 16, 2011

Britney Spears bertunang.. Fasha Sanda nak kawin..




Britney Spears dalam sebuah gambar yang dipaparkan semalam mengesahkan telah bertunang dengan bekas ejennya Jason Trawick.

Gambar itu kemudian diletakkan dalam laman rangkaian sosialnya. Pada jari manis tangan kirinya, kelihatan sebentuk cincin perak. Meskipun hubungannya dengan Trawick, 38, sepanjang 18 bulan lalu tidak selalunya lancar, sumber yang rapat dengan Spears berkata, mereka kini sudah serius untuk berkahwin.

Spekulasi itu semakin marak apabila mereka dilihat meraikan Krismas bersama keluarga Trawick sebelum berlepas ke Louisiana untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga Britney pula.

Beberapa minggu sebelum ini, terdapat laporan mendakwa Trawick bersikap ganas terhadap penyanyi itu.

Bagaimanapun, Britney menyangkal laporan berkenaan dengan menyifatkan media yang menyiarkannya sebagai pembohong.







Pelakon Fasha Sanda dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujangnya tahun depan, Pelakon yang popular dengan Drama bersiri "Cinta Elysa" dikatakan bakal berkahwin dengan bekas suami kepada Nora Danish iaitu Rizal Ashram @ jejai. 

Menurut sumber majlis perkahwinan mereka bakal diadakan pada penghujung bulan Mac 2012, khabar angin mengenai perkahwinan pelakon ini makin memuncak sejak sekeping gambar yang memperlihatkan Fasha Sanda mencuba sehelai gaun pengantin baru-baru ini.

1 comment:

Izzat Aziz said...

moga berkekalan lah keduanya.. baru elok.