Nuffnang Ads

Sunday, December 18, 2011

Tamatnya riwayat Kim Jong-il




President Korea Utara, Kim Jong II disahkan meninggal dunia hari ini akibat sakit jantung, ada pihak yang menyatakan yang pemimpin komunis itu meninggal dunia pada hari sabtu 17/12/2011 sewaktu dalam perjalanan kesebuah wilayah dinegara itu.

Sejak tahun 2008 tahap kesihatan president Korean Utara itu sudah ketahui umum mengalami masalah jantung dan stroke. dan sejak itu juga anak lelaki beliau disebut-sebut sebagai penganti tahta Kim di Korea Utara.






 Dilahirkan atas nama Yuri Irsenovich Kim pada tahun 16 Febuari 1941 beliau merupakan Pemimpin Agung Republik Rakyat Korea Utara yang mentadbir negara komunis itu sejak tahun 1948. selaku ketua negara beliau juga menjadi ketua angkatan tentera Korea Utara yang merupakan Angkatan tentera yang ke 4 terbesar didunia.



Kesetiaan rakyat Korea Utara terhadap Kim sehingga rakyat negara itu mengelarkanya "pemimpin Agung" beliau juga digelar "pemimpin tersayang" dan "bapa kita" oleh Rakyat negara itu.

Memerintah Korea Utara setelah kematian ayahnya Kim Il Sung pada tahun 1994, Kim menaiki tahta sebagai "president abadi" buat Korea Utara. Pembuburan undang-undang yang dilakukan sejak menaiki tahta Korea Utara menjadikan Kim sebagai seorang yang paling berkuasa dinegara itu.



Kim Jong-il selama ini sering dikritik oleh kerajaan-kerajaan dunia dan NGO antarabangsa atas sebab pencabulan hak manusia sewaktu pemerintahannya, serta juga penghasilan senjata nuklear oleh Korea Utara, yang bertentangan dengan kewajiban antarabangsa yang sah di bawah Perjanjian Ketakcambahan Senjata Nuklear dan komitmen beliau sendiri untuk memastikan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear.

Kem 22 ialah kem pengasingan tebesar di Korea Utara, di mana seramai 50,000 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dituduh melakukan "jenayah" politik ditahan. Timbulnya juga laporan pencabulan hak asasi manusia yang amat ngeri, seperti pembunuhan bayi yang dilahirkan tahanan.






Citarasa mewah Kim turut menarik perhatian media. Dalam konteks sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengehadkan perdagangan barang-barang mewah ke Korea Utara berikutan ujian senjata nuklear negara itu pada Oktober 2006, liputan Reuters menyatakan bahawa "Tiada sesiapa yang menikmati barang mewah lebih berbanding pemimpin agung Kim Jong-il yang bermegah dengan bilik wain bawah tanah yang terbaik di negara dengan ruang yang boleh menampung 10,000 botol. Kim juga menggemari makanan mewah seperti udang kara, kaviar dan sushi mahal yang dia telah terbang masuk untuk beliau dari Jepun."

Pembelian tahunan arak Hennessy beliau dirangkakan berjumlah $700,000, manakala pendapatan purata rakyat Korea Utara adalah kira-kira $900 setahun.


Sesetengah pembelot Korea Utara menghuraikan satu rangkaian yang direka untuk mengambil gadis remaja yang tercantik di negara untuk dijadikan alat mainan seks untuk Kim dan ahli-ahli pihak pemerintah yang lain. Gadis-gadis ini dirampas dari keluarga mereka dan ditempatkan dalam rumah agam dan rumah tumpangan yang didiami pegawai tinggi. Apabila mencecah usia 20-an, gadis-gadis ini dikahwinkan dengan pegawai berpangkat rendah secara paksa



Coretan dalam Gambar


Kim Jong Il bersama  President Russian Dmitry Medvedev di satu persidangan di Siberia.




 Kim bersama anaknya Kim Jong Un di Sambutan Hari Kebangsaan Negara itu pada tahun 2010.



1 comment:

Izzat Aziz said...

korea utara sebuah negara yang aneh.. tidak tahu status dirinya.. tapi yang pasti mereka akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan korea utara sedemekian.