Nuffnang Ads


Friday, December 9, 2011

Daulat Tuanku.. SPB Yang Dipertuan Agong ke 13


Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006.


Baginda telah dilahirkan pada 22 Januari, 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaitu Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.
Tuanku Mizan telah dilantik secara rasminya sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999 selepas Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 oleh Majlis Raja-Raja. Namun, selepas kemangkatan Sultan Salahuddin, Tuanku Mizan telah dilantik menjadi YDPA pada 21 November 2001.
Pada 3 November 2006, Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta YDPA oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 selama 5 tahun, bermula 13 Disember 2006 dan dijangka berakhir pada 13 Disember 2011.



Tuanku Mizan, 44, ialah YDPA ketiga termuda yang dilantik selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis dan Tuanku Abdul Halim sebagai Sultan Kedah yang kedua-duanya mula dilantik sebagai YDPA pada umur 40 dan 43. Tuanku Mizan ialah Raja Melayu pertama yang dilahirkan selepas Hari Kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 1957.



Berikut Coretan Gambar Baginda semasa menjadi Yang Dipertuan Agong 



Gambar 26 April 2007 - Tuanku Mizan dihari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 13.



4 Mac 2009 - SPB YDP Agung Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama dengan anakanda ketiga Tengku Mohd Mu'az berangkat merasmikan E-Zakat/Derma di Masjid Kg. Baru.



Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah tiba dengan kereta kuda di sambutan hari flora di Putrajaya.


27 April 2009 - Tuanku Mizan ketika menyertai Melaka Grand Invitational Endurance Ride 2009 di Stadium Hang Jebat, Melaka.


9 September 2008 - Tuanku Mizan dan Perdana Menteri di Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Istana Negara.


20/10/2009 - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan untuk bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada Jemaah Haji Malaysia yang berangkat ke Tanah Suci.


Tuanku Mizan ketika memeriksa perbarisan di sambutan ketibaan baginda sempena mengadakan Lawatan Rasmi Ke Thailand.


Lawatan Baginda ke Benua Antartika


21 Mac 2011 - Dihari kemangkatan ibunda Tuanku, Tengku Ampuan Bariah Sultan Alam Shah.


Tuanku Mizan ketika diakhir Lawatan Rasmi baginda ke Indonesia.


Baginda ketika menghadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu di Sarawak.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada Muhammad Haziq Samrat sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka.


Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah di Majlis Istiadat Perkahwinan Dutch and Duchess of Cambridge di Westminister Abbey.


Baginda menerima mengadap Perdana Menteri India Dr. Manmohan Singh di Istana Negara.


Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Butterworth. Baginda merupakan Sultan pertama di dunia yang terbang bersama pesawat Sukhoi Su-30MKM pada kelajuan supersonik.


Baginda menerima kunjungan President Vieatnam, President Truong Tan.



 Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berbesar hati meraikan Gabenor Janeral Kanada, David Johnstan dalam satu Majlis Makan Malam Negara


Daulat Tuanku

No comments: