Nuffnang Ads


Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu.. 4 Hari 4 Juta.. Wow..





*Kemalasan update diteruskan dengan berita sahaja..!!


Pengarah Filem Ombak Rindu, Osman Ali berkata Filem Ombak Rindu berjaya mengubati kekecewaanya terhadap beberapa buah filem arahanya yang gagal mendapat kutipan cemerlang di pawagam.





Pengarah filem yang sedang naik, Osman Ali berkata, kejayaan Ombak Rindu telah membayar kekecewaannya terhadap beberapa buah filem arahannya yang gagal mendapat kutipan cemerlang di pawagam. kutipan filem Ombak Rindu adaptasi daripada novel hasil tulisan Fauziah Ashaari sebanyak RM4 juta dalam masa empat hari adalah sama sekali di luar jangkaannya.


"Sejujurnya ucapan terima kasih perlu saya berikan kepada semua peminat filem ini yang keluar menonton dan kekuatan utama Ombak Rindu sebenarnya datang daripada jiwa penonton itu sendiri. "Mereka juga adalah tunjang utama ketika saya mula-mula bersetuju untuk menghasilkan filem ini," ujarnya.


Osman berkata, kejayaan filem ini juga telah memberikan motivasi tinggi kepadanya untuk terus menghasilkan karya hebat buat penonton di negara ini sekaligus menaikkan industri filem tempatan.
Ujarnya, filem terbitan Astro Shaw dan Taranttela Pictures Sdn Bhd itu juga adalah bukti pandangan skeptikal sesetengah masyarakat mengenai filem bergenre cinta adalah salah.



 Osman Ali



"Ada segelintir masyarakat yang memandang sepi mengenai filem begenre cinta di pawagam buat masa ini kerana bagi mereka ia boleh ditonton di kaca televisyen.

"Kejayaan filem ini juga boleh dijadikan bukti bahawa filem cinta dan romantik boleh dijual di pawagam jika jalan ceritanya kuat," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Osman berkata, berkemungkinan besar filem lakonan Maya Karin dan Aaron Aziz itu akan diangkat sebagai drama bersiri selepas ini.

"Perbincangan telah dilakukan dengan pihak Astro dan berkemungkinan besar ia akan dibuat sebagai drama bersiri tetapi ia masih di peringkat perbincangan," ujarnya lagi.



No comments: