Johor Premium Outlets (JPO) dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sebuah Taman Beli Belah Terbesar di Malaysia, Pembukaanya sekaligus bakal membuka mata pengemar barangan berkualiti dari seluruh asia untuk datang dan shopping disini, dijangka 3 juta pengunjung akan datang pada tahun pertama pembukaanya.
 Genting Simon Sdn Bhd yang  mengusahakan JPO akan membuat pelaburan  tambahan sebanyak RM100 juta  untuk membina 60 lagi kedai, menjadikan  jumlah kedai di JPO kepada 130 buah semuanya. JPO yang dilancarkan pada  hari ini, merupakan yang pertama seumpamanya di AsiaTenggara dan ke-70  di seluruh dunia.
JPO merupakan kumpulan 80 outlet jenama dan pereka yang menawarkan  penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari. Genting  Simon adalah anak syarikat milik penuh Simon Genting Ltd,  yang  merupakan usaha sama 50:50 antara syarikat milik Genting  Plantation,  Azzon Ltd dan Premium Outlets, bahagian outlet Simon  Property Group.Dalam jangka masa panjang sebuah taman tema air akan dibina disini selain pusat konvensyen dan hotel lengkap dengan 2000 buah bilik.






1 comment:
seriussssss??? ada coach outle tak? ni yang nak pi jb ni muahahaha
Post a Comment