Nuffnang Ads

Monday, December 12, 2011

Daulat Tuanku.. SPB Yang Dipertuan Agong ke 14.. Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah






Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.


SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Menjunjung Kasih kebawah duli Tuanku sekalung penghargaan buat seluruh Rakyat Malaysia diatas pentabalan Tuanku menjadi Yang Dipertuan Agong ke 14.


13 Disember 2011 bakal mencatat sejarah buat system pemerintahan di Malaysia kerana kita akan memperolehi seorang pemerintah tertinggi yang baru untuk berada di puncak kepimpinan tertinggi kerajaan persekutuan Malaysia. 

Tuanku Abdul Halim akan menjadi satu-satunya Raja Melayu yang menaiki tahta Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali.





Fakta :-


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Menjadi Sultan Kedah Darul Aman dari 14 Julai 1958 hingga kini sudah 53 tahun memerintah Negeri Kedah
Menjadi Sultan Kedah yang ke 28 setelah kemangkatan ayahanda banginda Almarhum Sultan Badlishah

Pernah menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke lima pada tahun 21 September 1970 - 20 September 1975

 Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah

Baginda mempunyai dua orang isteri iaitu Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah (mangkat) yang merupakan Puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan Sultanah Haminah Hamidun dari orang kebanyakan berasal dari Perak.



 Daulat Tuanku!!


Tuanku Abdul Halim ketika mengadakan Lawatan ke British semasa menjadi Yang Dipertuan Agong ke 6 disambut dengan perarakan Kereta Kuda oleh Ratu Elizabeth II pada tahun 1974. 








 

No comments: