Nuffnang Ads

Monday, December 5, 2011

Komen disebalik Ombak Rindu.. Dalam diam ada pengajaran..





Okeh aku dah tengok Filem paling sedih tahun ini!! nampak macam tak percaya.. tapi itulah realitinya jika ada makwe.. hahaha akhirnya aku tergolong dalam sebilangan penonton untuk menonton.. dan sekarang aku nak ceritakan apa yang aku rasa nak cerita setelah menonton filem sedih ini.



 



Secara keseluruhanya nak cakap cerita nie ada sedih dan ada lawaknya.. dan ada yang tak masuk akalnya.. akan tetapi apabila aku tengok dengan kepala minda sendiri perasaan sedih itu tetap ada.. tapi aku tak menanges ok.. agak pecah rekod lah kalau pak lawak cam aku nak menangis tengok citer romantik gedik-gedik nie.







Apa yang sedih..??

Watak Maya Karin dalam citer nie memang sedih habis.. kesian semua ada.. watak dia nie lah yang buat aku sedih.. sebab aku pasti mesti ada orang yang diluar sana yang senasib dengan Maya Karin dalam filem nie. semoga Allah lindungi mereka.


Apa yang lawak..??


Jalan cerita dengan lokasi pengambaran yang super chantek akhirnya dicacatkan dengan adegan kepulangan Mila lakonan Lisa Surihani dari Airport siap dengan pemberita dan penyokong bagai.. disebabkan babak sedikit camtu aku dah rasa filem nie cacat gile.. mengalahkan katun Usop Santorian aku levelkan..


Apa yang tak puas hati..??


Aku memang tak puas hati dengan watak Mak kepada Haris lakonan Aaron Aziz.. watak yang dibawa oleh Azizah Mahzan agak menjengkelkan.. aku pasti masih ada orang sepoyo watak itu diluar ini.. akan tetapi itulah realiti kehidupan yang pasti.. 


Ada pengajaran..??

Aku rasa pengajaran yang korang dapat apabila korang selesai habis tgk citer nie.. bagaimana kemewahan itu tidak memberi kebahagiaan.. bagaimana kesusahan itu kita atasi.. bagaimana kita taat pada agama.. semua itu akan korang dapat bila tengok cerita ini dengan khusyuk2..!! 






Komen lain..??


Watak Lisa Surihani tu memang dah kena.. memang best.. tapi disebabkan huruf 'R" yang ranggi jugaklah menjadikan dia cukup berjaya.. akan tetapi kemeroyanan dalam filem ini agak banyak yer.. kalau boleh dikurangkan dimasa akan datang.. hahaha

Keindahan lokasi pengambaran di sawah padi dan sekitar Pulau Langkawi tu memang indah sekali.. dalam hati berkata.. masih ada tempat secantik ini di Malaysia..?? 


Walaupun cerita ini diadaptasi dari Novel aku rasa jalan penceritaan ini agak bagus untuk difahami.. walaupun novelnya aku dengar sampai 3 jidil tapi dapat diceritakan dalam satu filem ini sudah kira bagus!!







Kesimpulanya...


Tak rugi gak la tengok.. nak cakap bagus tak leh gak sebab aku menguap berpuluh kali gak dalam panggung.. aku kasi 3/5 !! 



bubye..!!




No comments: