Nuffnang Ads

Saturday, December 3, 2011

PAU 2011 : Misi getir menghadapi PRU 13..





Selesai sudah Persidangan Parti Umat Melayu terbesar di Malaysia iaitu Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini. Parti yang dianggotai lebih dari 3.5 Juta ahli ini perlu berhadapan dengan satu Pilihanraya yang dianggap paling getir dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia.

Gerbang permulaan petanda Pilihanraya sudah mula dibuka.. hanya menunggu masa dan waktu untuk Parlimen dibubarkan sebelum Pilihanraya diadakan untuk menentukan siapa yang layak mentadbir Kerajaan Persekutuan.

Jika sebelum ini Umno dibawah Gagasan Barisan Nasional dilihat cukup kuat untuk dilawan.. akan tetapi sejak dari Pilihanraya Umum ke 12 yang menyaksikan kebangkitan Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP bersatu didalam satu kumpulan yang digelar Barisan Pmbangkang dilihat menjadi persaing kuat untuk merampas Putrajaya dari Barisan Nasional yang selama ini membangunkan Malaysia sejak Merdeka.


Berakhirnya Persidangan Umno 2011 bermakna persidangan seterunya akan diadakan selepas pilihanraya pada penghujung tahun depan.


Bermulanya Perang Politik..



"Ada berjumpa dengan saya secara peribadi... Sanggup beri laluan, beri kepada muka-muka baru," rata-rata dapat dilihat akan kesungguhan perwakilan yang sanggup mengundur diri untuk tidak bertanding pada pilihanraya akan datang dilihat sebagai mengorbankan apa yang ada.. akan tetapi jika mereka menang bergaya pada PRU 12 kenapa tidak meletakan mereka kembali..??


"mungkin lebih ramai muka-muka baru" - Harus diingatkan muka baru yang dipilih mestilah dikalangan orang-orang yang boleh dipercayai.. pilihlah dikalangan orang tempatan yang asli... dan selalu menunjukan muka didalam kawasan yang ditandingi.. bukan muka baru yang datangnya dari kawasan baru.



Misi Rampas Selangor
Selangor dianggap Negeri yang harus dimiliki oleh Parti yang memerintah Kerajaan Persekutuan ini kerana Selangor dilihat sebagai Negeri yang paling maju berbanding dengan negeri-negeri lain.

Barisan Nasional yang kalah teruk di Selangor pada 2008 dilihat amat sukar untuk menakluki kembali Negeri Selangor.. jika dilihat pada corak pemerintahan dan apa yang telah dilakukan oleh Gabungan Parti Pembangkang di Selangor dilihat cukup kuat untuk Barisan Nasional untuk bertapak kembali di Selangor.

Usaha berterusan dilihat sudah agak terlambat pada ketika ini untuk memulakan rentak peperangan.. akan tetapi hentaman berterusan dari pelbagai pihak dengan mencari kesalahan yang dilakukan oleh Parti Keadilan di Selangor memperlihatkan akan harapan untuk BN untuk merampas selangor.



Misi Rampas Pulau Pinang


Pulau Pinang yang boleh dianggap sebagai Singapura Malaysia juga antara negeri yang harus dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan. Lubuk Ekonomi di negeri ini sangat tinggi nilainya.. akan tetapi untuk bertapak kembali didalam negeri ini dilihat tipis untuk BN.


Walaupun DAP yang memerintah Pulau Pinang sejak 4 tahun lepas dilihat agak lembab dalam pentadbiran.. akan tetapi keprihatinan rakyat Pulau Pinang terhadap parti politik boleh dianggap kurang.. dan mereka tidak kisah siapa yang memerintah.. asal mereka dapat apa yang mereka mahukan.


Orang-orang muda dalam BN harus kerja kuat untuk masuk ke Pulau Pinang.. jika masih berkumpul dikawasan sendiri maka harapan untuk BN berada di Pulau Pinang bakal menjadi mimpi yang bukan fantasi.




Gambaran Hari Terakhir PAU 2011



PAU 2011 bukan medan untuk Perwakilan makan angin..


Muka-muka baru harus bekerja keras untuk diterima oleh rakyat..


Perjalanan getir yang harus dilalui President Umno selepas ini...


Slogan 1 Malaysia kini sudah mula diterima oleh masyarakat..
 
 
* line slow.. tak leh nak update panjang2 hahaha..

No comments: