Belum habis reda lagi kisah pembebasan ketua pembangkang ini dari kes liwat kali keduanya semalam, rata-rata hari ini media massa tak kira tempatan dan antarabangsa mengeluarkan artikel mengenai pembebasan ketua umum Parti Keadilan rakyat ini.
Yang aku nak tuliskan pagi ini adalah mengenai nasib beliau selepas 9 januari 2012, Apa yang akan terjadi kepada beliau dan adakah kesan dari pembebasan beliau ini akan memulakan satu langkah yang panjang untuk Parti Pembangkang mencapai cita-cita menakluki Putrajaya..?
Semboyan bahang Pilihanraya ke 13 sudah dibunyikan oleh Perdana Menteri di Mesyuarat Agung Umno hujung tahun lepas dan Barisan Nasional yang selama ini duduk dikerusi Kerajaan Malaysia sedang berusaha habis-habisan melakukan cara yang terbaik bagi menarik undi rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya berkata Pilihanraya kali ini azamnya untuk merampas 3 Negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak..!! jika ia menjadi kenyataan pembangkang yang sebelum ini memiliki Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak mustahil untuk menjadi penghuni Putrajaya kelak!
Gelombang kebangkitan rakyat dapat dilihat dengan dengan corak pengundi yang masih berpecah belah dan kesungguhan Kerajaan sedia ada kini menjaga hati Rakayat dianggap sebagai upah untuk mengekalkan Kerajaan yang sedia ada.
Beberapa buah Negeri dijangka memperlihatkan persaingan yang getir pada pilihanraya nanti adalah seperti berikut :-
Kelantan - Amat sukar untuk Barisan Nasional merampas negeri ini, usaha pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang sedia ada kini nampaknya telah mengembalikan keyakinan rakyat negeri ini kepada PAS.
Terengganu - Negeri yang pernah dirampas oleh PAS ini dilihat sebagai salah satu Negeri ancaman kepada Barisan Nasional, walaupun kerajaan negeri sekarang dianggap berjaya melakukan sesuatu yang terbaik dan sempurna dimata rakyat akan tetapi perbalahan antara orang-orang politik di Negeri ini bakal menguntungkan pembangkang.
Selangor - Dilihat sebagai Negeri termaju di Malaysia sudah tentu menjadi idaman untuk kedua-dua pihak mentadbir negeri ini, melihatkan pada keadaan semasa di Selangor, Kerajaan Negeri sedia ada kini berada pada landasan yang kukuh untuk mengekalkan pentadbiran akan datang.
Perak - Pakatan rakyat yang mentadbir kerajaan negeri buat beberapa bulan sebelum peralihan kerajaan kepada Barisan nasional dilihat sebagai luka yang sukar diterima oleh penyokong atau pengundi yang mengundi Pakatan rakyat dahulu. kekuatan pakatan rakyat pada negeri ini terletak pada pengundi-pengundi di kawasan kampung selain bahagian ibu negeri yang sekian lama sudah ditawan oleh pembangkang.
Pulau Pinang - Isu yang dibangkitkan oleh Umno Pulau Pinang nampaknya tidak cukup kuat untuk menidakan undi beralih kembali kepada Barisan nasional, sedia maklum isu-isu yang dibangkitkan itu kebanyakanya melibatkan kaum melayu sedangkan kaum cina kurang memberi perhatian, jika BN terus mengekalkan Gerakan untuk mentadbir Pulau Pinang.. jangan harap nak menang!
Kedah - Sejak ditadbir oleh PAS negeri ini dilihat sudah sama tarafnya dengan kelantan.. amat sukar bari Umno merampas negeri ini melainkan meletakan calon yang boleh diterima penduduk setempat dan kuat kerja.!
Sarawak - Negeri yang menjadi lubuk emas Parti DAP akan datang.. perubahan polar undi kepada parti roket ini dilihat sungguh mengejutkan dengan kemenangan besar mereka pada Pilihanraya DUN yang lepas, masalah besar untuk BN Sarawak menang ialah Ketua Menteri yang sudah 20 tahun berkhimat itu!
Ini adalah rumusan aku pada keadaan semasa jadi kalau nak percaya atau tidak suka hati lah.. apa pun dari segi peratusan selepas 901 antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar kedudukan adalah seri ketika ini.
No comments:
Post a Comment