Nuffnang Ads


Tuesday, January 10, 2012

Isu Rita meroyan di Twitter... Zaquan Adha dah bersuara...



Semalam kita sudah dikejutkan dengan kepincangan yang berlaku antara dua orang akak ipar dan adik ipar pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.

Zaquan berkata tuduhan yang ditulis dalam entri Twitter milik Rita itu adalah sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali. "Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.


Dalam pada itu menurut Zaquan, dia enggan memberi komen tentang perbalahan antara mereka kerana risau jika isu tersebut akan memburukkan lagi keadaan dan keluarga.

"Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.

"Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh," kata Zaquan.

Bagaimanapun, Zaquan mengakui dia menyesal dengan entri tersebut yang boleh mengundang suasana “panas” terhadap individu yang dimaksudkan.

Sementara itu dalam entri Twitter milik Rita Rudaini pula, pelakon itu sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga tahap kesabaran dia telah hilang.

Rita dalam entri petang Selasa menulis pelbagai perkara sensitif tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan termasuklah mengisytiharkan “perang” bagi “membongkar” rahsia yang disimpannya.

“Jantan macam tu tak boleh dibiarkan... dia nak sangat malukan saya, meh kita start the game,” katanya. Rita yang juga isteri kepada kembar Zaquan iaitu Aidil Zafuan dalam Twitter berkenaan turut berkata, seseorang yang hendak meruntuhkan masjid (merujuk kepada rumah tangganya) akan menerima balasan daripada Allah.

Kata Rita lagi, pihak yang membuat tuduhan kepadanya telah beberapa kali melakukan kejahatan sehingga diberi balasan dengan musibah patah kaki.



* Mmmm lantak korang lah...

No comments: