Nuffnang Ads


Wednesday, January 18, 2012

DRB - Hicom harapan rakyat Malaysia terhadap Proton



Mendapat berita tentang pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom sesuatu yang sangat membanggakan.. sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih boleh berbangga dengan Proton untuk satu tempoh yang panjang lagi, walaupun banyak kritikan yang dilemparkan oleh Produk kereta nasional tersebut tapi realitinya Proton adalah sesuatu jenama yang cukup di pandang mulia oleh rakyat negara lain terutamanya negara jiran.

Kalau nak dibandingkan dengan negara lain kita seharusnya berbangga kerana Proton kini sebaris dengan jenama kereta ternama didunia.. Singapura walaupun menjadi negara terkaya di asia masih belum mampu mengeluarkan produk keretanya sendiri. sama juga seperti Thailand.. walaupun negara itu cukup hebat dalam menciplak produk berjenama akan tetapi masih belum mampu menghasilkan kenderaan mereka sendiri.
Dengan pengambilalihan Proton kepada DRB-Hicom sudah tentu akan membuatkan jenama ini bertambah kukuh dimasa akan datang, DRB yang diterajui jutawan Tan Sri Syed Mokhtar sememangnya orang yang layak untuk meneruskan legasi kereta nasional ini, bercakap pasal jutawan berasal dari Kedah ini memang panjang ceritanya.





Berasal dari keluarga yang berasal dari teluk arab beliau yang dari kecil hidup dalam kesusahan meniti kehidupan persekolahan pada tahap 17 tahun sahaja, kesungguhan beliau untuk maju menjadikan beliau usahawan Mara yang terbaik pernah dihasilkan kini, semoga pengalaman kehidupan beliau akan dibawa sekali didalam Proton.

Rakyat Malaysia tidak mengharapkan Proton sebaris Honda, Toyota atau GM cukup sekadar dikenali dan membolehkan rakyat Malaysia berbangga dengan apa yang kita hasilkan.. dengan usahasama Penasihat Proton Tun M dan Tan Sri Syed Mokhtar sudah boleh kita bayangkan akan kecermelangan yang akan tiba nanti.. semoga Proton akan terus menjadi Jenama Rakyat Malaysia.!






No comments: