Nuffnang Ads


Sunday, January 29, 2012

Komen disebalik Anugerah Juara Lagu 26



Teka teki mengenai Lagu mana yang bergelar Juara Lagu ke 26 terjawab malam semalam, disaksikan lebih 10 ribu penonton yang hadir memenuhi segenap ruang Stadium Putra, Bukit Jalil mengangkat lagu "awan nano" nyanyi Hafiz dari Akademi Fantasia menjadi Juara dengan membawa pulang wang tunai RM 35 ribu ringgit.

Jika sebelum ini cakap-cakap orang yang meletakan Lagu Terbaik AIM "sedetik lebih" dan lagu dari nyanyian 3 suara menjadi pilihan nampaknya meleset sama sekali, kelebihan lirik dan penceritaan "awan nano" menjadikan lagu ini menjadi pilihan 30 juri yang mengadili anugerah pada kali ini.

Aku yang berkesempatan hadir ke Stadium Putra semalam akan menyenaraikan apa yang best dan apa yang tak best untuk korang.. jadi dibawah sedikit komen dari aku berkenaaan persembahan dari kesemua lagu yang bertanding.


Untuk gambar dari aku rasanya tak payah lah aku upload.. kamera aku yang sangat mahal tu tak mampu plak ambil gambar dengan cantiknya.. walaupun berpeluh dan bersungguh2 dok kat tepi Blue Carpet tu!!


Apa pun ada gambar dari Crew TV3 kali ini.. terbaik!!


Yuna main gitar memang gojes habis!!!..


Ana yang bakal mengakhiri zaman bujangnya minggu ini...


Takut ok!!.. eh mana pinggang ko yuna..??


Kebanggaan org sarawak!!


3 suara yang super power..!!


Persembahan yang hebat!


Cinta muka buku.. tapi asal promot Youtube..??


rare!!




1.Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

- Persembahan lagu ini nampak biasa-biasa sahaja.. malah nampak agak kalam kabut dibuatnya apabila banyak sangat elemen di kedai minum tu, Altimet yang masuk dengan superbike nampaknya menambahkan kekalutan di stage.

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

- Walaupun pada mulanya Faizal Tahir mengatakan yang tiada kejutan yang beliau ingin sampaikan pada kali ini, tetapi persembahan dengan gaya gothic dan piano terbakar tu sememangnya satu kejutan yang luar biasa.

3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

- Walaupun ramai diluar sana tidak menyukai lagu ini, akan tetapi di dalam stadium hampir semua hafal lagu ini..!! 

4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

- Lagu harapan untuk menangi dibawakan oleh penyanyi yang bersuara hebat Jaclyn Victor nampaknya hanya mampu menang Lagu Paling Popular di Celcom!! apapun Jaclyn buat satu stadium terkhasima dek suara dia..

5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

- Lagu yang lain daripada yang lain.. gubahan muzik pada malam itu sgt luar biasa..!!

6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

- Lagu yang diminati tak kira budak kecik dan orang tua ini semamngnya layak menang! apapun suar sukan dan t-shirt saja telah membuktikan yang persembahan itu no. 2 penting dari suara dan Lagu.!

7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

- Secara keseluruhanya lagu Najwa Latif nie dianggap paling tak best pada malam semalam, tempo yang agak laju dan susunan muzik yang agak terabur memang rasa tengok macam budak tadika menyanyi time anugerah kecemerlangan pelajar.. 

8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

- Beraksi sebagai lagu terakhir menjadikan lagu ini ditunggu-tunggu oleh semua penonton.. kemunculan 3 suara ini membuatkan satu stadium riuk rendah.. persembahan yang simple tapi mantap.!

9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

- Logue mengubah lagu ini menjadi yang sangat luar biasa semalam.. rentak zapin dan pancaragam diseragamkan dengan penuh tersusun.. aku jangkakan lagu ini akan menang persembahan terbaik..

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
- Lagu pembuka tirai.. pertama kasi aku tgk dan dengar lagu nie.. ok.. best jugak.. tapi orang lebih ramai suka dengar bunyi.. "oohooo.." tang lagu nie... hahahaha...

11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

- Aizat membawakan lagu ini dengan cukup best sekali.. lagu yang aku suka ini disampaikan dengan bersahaja sambil disulami dengan gaya gambaran pelukis pasir yang sgt kreatif!!

12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

- Lagu ini juga merupakan calon juara.. apakan daya tak menang.. ape pun persembahan terbaik yang dimenangi Alyah sgt kena pada usaha yang beliau sampaikan.. sesuatu yang sgt unik dan tak tercapai akal ku yang akan ada persembahan cam nie.





Budak cantik dtg ngan pakwe...




Super comel kau nie..!!




Gojes habis baju fauziah gos nie..




Yang paling digilai jurugambar...




memang super chantek!!!




Tasha yang nampak garang.. dalam kepala otak dia munkin Isu menari kat kelab jerk skang nie hehehe..




Baju Mia nie dah same ngan baju bunting kat belakang tu...




Kaer yang diterbangkan khas dari Indonesia...





Dynas mengandung lagi.. comel dowh!.





Fatiha yang paling cantik malam semalam aku rasa...





Sari yanti jugak hot!! semalam...





Geng Datuk Panglima..


Yang nie memang asli cute...











Sekali lagi tahniah buat Hafiz!! dan Datuk M. Nasir...

No comments: