Nuffnang Ads


Sunday, January 29, 2012

Ustaz Azhar Idrus pecah rekod Yusuf al-Qaradawi di Masjid Shah Alam !!




Semalam bertempat di Masjid Shah Alam berlangsungnya Kuliah Khas anjuran Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Magrib yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah.






Rekod baru telah dicipta semalam dimana lebih 30 ribu jemaah hadir bagi mendengar kuiah yang disampaikan oleh ustaz Azhar dan lebih 50 ribu yang menontonya secara online, satu titik perubahan yang besar bagi anak-anak muda dimana hampir 70% yang hadir adalah golongan muda.

Ustaz Azhar yang dilabelkan sebagai Ustaz Geng Muda ini sememangnya memberi satu fenomena baru untuk menganjak generasi muda untuk mendalami ilmu agama dengan lebih serius, kehadiran lebih 30 ribu jemaah semalam menjadikan ceramah beliau sebagai yang paling ramai dihadiri oleh jemaah, Masjid yang dibina sejak tahun 1993 itu hanya berkapasiti 14 ribu jemaah sahaja.. akan tetapi Ustaz Azhar telah memecahkan rekod kehadiran jemaah ke Masjid terbesar di Malaysia ini.






Sukar untuk kita saksikan kedua2 level penuh sesak begini..



Sebelum ini  Ulamak terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi berjaya menarik puluhan ribu jemaah hadir mendengar ceramah beliau ketika hadir ke Malaysia dua tahun lepas di Masjid yang sama, 







* Tahniah dan Syabas pada mereka yang hadir ke Masjid semalam.. anda mampu mengubah situasi islam di Malaysia.. semoga kehadiran anda dapat memberi satu sinar baharu untuk islam di Malaysia.



No comments: