Nuffnang Ads


Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina Safiyyah kena rompak..



Aku dapat tahu mengenai bekas Pengacara Malaysia Hari Ini Wardina Safiyyah kena rompak pagi tadi melalui radio Hot.FM.. alah dengar camtu jerk la.. skang aku update sikit ape yang terjadi kepada dirinya dan keluarganya pun kan.


Rumah beliau yang terletak di Bukit Antarabangsa dipecah masuk oleh perompak awal pagi tadi, dalam kejadian itu 5 buah laptop dilarikan selain barangan berharga yang kesemuanya bernilai RM 20,000 berjaya dibawa lari oleh perompak!

Perompak seramai 3 orang telah memasuki rumah beliau melalui pintu belakang sebelum menyuruh kesemua yang berada didalam rumah supaya berkumpul. "Ketika itu saya tidur berseorangan di bilik tidur utama kerana saya demam. Disebabkan itu, suami saya, Ikhwan Johari, 36, tidur bersama anak bongsu lelaki saya, Imran Ar-Razi, 3.






"Salah seorang penjenayah telah menarik selimut saya, lalu mengarahkan saya bangun dari tidur sementara penjenayah lain membawa kesemua ahli keluarga berkumpul dan pembantu rumah di bilik tidur utama," katanya. Katanya anak perempuan sulungnya, Amna Nafeesa, 8, dan Azra Fareera, 5, tidur bersama di bilik mereka di tingkat atas manakala pembantu rumahnya seorang warga Aceh, tidur di tingkat bawah. 

"Kesemua mereka dikumpulkan di dalam bilik saya dan hanya Ikhwan diikat dengan wayar telefon. Kami diawasi oleh seorang penjenayah, manakala dua lagi menyelongkar rumah kami," katanya. Beliau berkata ketiga-tiga penjenayah lelaki itu memakai topeng kain menutup wajah mereka dan mereka memegang pemutar skru, kayu panjang dan pemotong besi. 

Beliau berkata suaminya juga turut dipukul oleh penjenayah terbabit di bahagian muka dan kaki sebelum diikat. Penjenayah mengambil masa 45 minit menyelongkar seluruh rumah sebelum melarikan barang berharga termasuk lima komputer riba, empat telefon bimbit, cincin emas, kunci kereta dan wang tunai RM200. Katanya beliau membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada 4.30 pagi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian serta siasatan sedang dijalankan.


* Bila manusia sudah tidak kenal akan haram dan halal..

3 comments:

Alan Rizque said...

Berleluasa jenayah sekarang..terdesak sangat ke hidup tu..

kenshiro said...

kadang2 pendatang asing yg buat hal.. yg buruk nyer negara kita...

Qistina said...

sokong shiro sometimes yg buat tu org luar bukan org kita