Nuffnang Ads


Tuesday, February 14, 2012

Cara Anwar Ibrahim tunjuk hebat tak kena tempat..!!



Kenyataan ketua pembangkang mengenai pencerobohan Israel di Palestin nampaknya memakan diri beliau.. sedia maklum sebelum ini Anwar Ibrahim cukup pandai bermain dengan kata-kata untuk menarik sokongan rakyat dalam negara ini dan sehingga kini beliau masih mampu berbangga dengan apa yang diperkatakan beliau kepada rakyat.

Janji yang ditabur dan setiap ayat yang beliau keluarkan dapat membuatkan rakyat terikut dengan rentak beliau untuk menjadi seorang pemimpin no. satu di Malaysia.. lupakah kita bagaimana beliau memasang impian dengan meletakan tarikh 16 Sept. 2009 sebagai tarikh untuk beliau menaiki tahta sebagai Perdana Menteri Malaysia..?? seluruh negara menantikanya.. akhirnya apa yang tinggal..??






Tembelang beliau untuk rakyat Malaysia munkin sudah habis.. jadi isu terkini beliau untuk mencapai cita-cita beliau adalah dengan menarik sokongan negara luar.. Indonesia salah satu negara terdekat yang sebelum ini menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk meraih simpati.. 

Apa pun kenyataan beliau di The Wall Street Journal bakal mengubah segala-galanya.. sokongan orang islam sudah pasti menurun bukan sahaja islam di Malaysia malah antarabangsa sekali pun.. yang munkin bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan sudah pasti kaum yahudi kerana mereka sudah punya alat yang hebat untuk terus melakukan kekejaman terhadap islam.





Anwar Ibrahim akan di angkat sebagai salah satu ikon Yahudi jika beliau terus memberi sokongan kepada Israel.. Rakan pembangkang beliau iaitu PAS juga telah menyatakan pendirian menentang sekeras-kerasnya kezaliman israel terhadap bumi islam.. amaran Mursidul Am PAS terhadap Anwar dengan memberi kata dua kepada beliau sudah pasti akan mengerohkan lagi keadaan kepimpinan puak pembangkang yang kini sedang bersiap sedia menghadapi pilihanraya.

Buat mereka yang masih belum sedar.. bertaubatlah sebelum terlambat.. jangan disebabkan nila setitik habis susu setempayan!!



* Jika Anwar tak jadi Perdana Menteri Malaysia.. munkin dia cuba untuk jadi Perdana Menteri israel..


No comments: