Nuffnang Ads

Thursday, February 23, 2012

Doremon yang dekat dihati..




Aku terjumpa di wall Facebook orang post klip youtube pasal penyanyi lagu Doremon terus aku rasa nak balik rumah tengok Doremon dowh! memang Doremon adalah kartun yang terbaik di alam semesta nie walaupun dunia hari ini telah dikuasai oleh kartun-kartun alaf baru dan canggih.

Tapi kehebatan Doremon korang tak boleh pertikaikan.. memang super terbaik lah senang cerita.. walaupun simple jerk jalan ceritanya tu tapi bila menonton mengalahkan tengok cerita hindustan 3 jam. kalo nak diletakan Doremon, Pokemon dan Angry Birds aku pilih Doremon lagi bai..

Kucing biru tu ibarat P.Ramlee bagi aku.. tengok berulang kali pon tak bosan..



Lagu dan penyanyi Doremon







Nak nanges rasa.. sebab teruja sgt tgk manusia yang nyanyi lagu tu.. selama nie aku dok ingat doremon yang nyanyi.





ok.. jap2.. aku jumpa yang siap ade lirik bahasa melayu lagi.. lagi nak nangis lah cam nie..










*Berikan aku ruang untuk aku hafal lagu nie..



No comments: