Nuffnang Ads


Wednesday, February 22, 2012

Hidup biar sedap.. Tan Sri Vincent Tan bersara..




Pengerusi dan pemegang saham utama Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan hari ini mengumumkan persaraan beliau dalam arena koporat, tahta yang dibangunkan beliau selama ini akan diwarisi oleh anak sulung beliau iaitu Datuk Robin Tan.

Menduduki carta 5 orang terkaya di Malaysia bukan mudah untuk Tan Sri Vincent Tan lalui, Berjaya Group yang dibangunkan beliau pada tahun 1984 menjalankan perniagaan seperti pencetakan akhbar The Sun, beliau juga antara usahawan yang diberi lesen perjudian oleh kerajaan Malaysia antaranya Sport Toto dan Magnum.





Berjaya Air adalah syarikat penerbangan yang dimilikinya selain itu Berjaya Hotel juga berkembang pesat di seluruh tanah air antara hotel Berjaya yang popular ialah Berjaya Hotel Tioman, Berjaya Hotel bukit Tinggi, dan Berjaya Hotel Langkawi. Berjaya Hotel Bukit Tinggi di Pahang merupakan sebuah pusat peranginan yang berkonsepkan seni bina Perancis yang dibangunkan oleh Berjaya Group.

Kemuncak kejayaan Berjaya Group adalah dengan terbinanya Berjaya Times Square di Kuala Lumpur, selain itu beliau turut memiliki syarikat telekomunikasi DiGi yang menjadi syarikat pengendali mudah alih kedua terbesar di Malaysia. 






* Bubye Tan Sri.. Selama bersara... teringat pesan Tun M' time tgh sedap tu elok behenti....

No comments: