Nuffnang Ads


Sunday, February 19, 2012

Melia Aimiellia cakap cincin jer same.. muka tak same..



Pelakon Karipap-karipap Cinta yang mengejutkan industri seni tanah air dengan tersebarnya video bogel yang dikatakan milik beliau hari ini tampil menafikan yang video itu adalah beliau, sejak dari penyebaran video itu dikhalayak umum banyak spekulasi tersebar dan ada juga yang tidak henti-henti menjadi penyiasat persendirian mengorek dan membongkar orang disebalik video berkenaan.

Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.

“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.






* jika benar apa yang dikata.. dia akan dapat pahala atas fitnah yang dilemparkan.. tapi jika dia berkata bohong terima lah akibatnya nanti.. 

 

No comments: