Nuffnang Ads


Wednesday, February 22, 2012

Nak jadi Miranda Kerr..??



Miranda Kerr boleh dianggap sebagai supermodel paling kaya didunia ketika ini, selain kaya model kelahiran Australia ini mempunyai pakej yang cukup lengkap sebagai model antarabangsa, walaupun sudah melahirkan anak beliau masih bergiat aktif dengan kerjaya modelingnya dan tawaran yang diterimanya makin hari makin bertambah-tambah.

Kerjaya beliau bermula ejak berumur 13 tahun lagi dimana wajahnya menghiasi majalah Dolly dan Impulse dan pada tahun 2004 beliau menjadi antara model fesyen yang paling hangat dipasaran muka beliau sering digunakan untuk majalah Elle dan Vogue Australia.


tahun 2006 beliau menyertai Project Runway untuk Australia mengenakan pakaian rekaan Daniel Vosovis, lantaran dengan itu beliau ditawarkan menjadi Duta Maybelline New York sekali gus menghiasi Majalah hebat seperti Elle, Cosmopolitan, Cleo hingga sekarang beliau menjadi antara model kesayangan Victoria Secret.




Bestkan dengar kejayaan dia nie.. suami hensem.. anak comel.. tapi tak semua itu datang dengan sendiri kalau tiada usaha.. beliau lalui pelbagai rintangan hidup sebelum berjaya seperti sekarang, rupa cantik saja tak cukup untuk korang menjadi seorang hebat sepertinya.. usaha dan sikap rendah diri adalah pokok dimana hasilnya nanti adalah kejayaan.


Lagi Gambar-Gambar menarik dari Miranda Kerr..



















* Kecantikan duniawi itu hanya sementara.. jika di pelihara dengan baik dan elok.. lama rasa nikmatnya.. jika tidak.. terasa sekejap saja...




No comments: