Kalau tengok kat mana-mana blog atau portal pasal kereta sekarang nie banyak orang bercakap pasal model terbaru Proton yang akan dilancarkan tidak lama lagi.. P3-21A kod yang menjadi sebutan sejak tahun lepas lagi.. riak dan kelibat model ini mula mendapat perhatian setelah beberapa imejnya terbongkar ditambahkan lagi ia dikatakan model yang diupgreat dari kereta konsep yang dibuat Proton.
Proton nampaknya tidak sabar-sabar untuk mengeluarkan model ini sehinggakan membuka tempahan sebelum orang mengetahui akan nama yang akan diberi pada kereta ini. persoalanya sekarang adakah orang akan membeli kereta ini..??
Sedia maklum Proton memang satu jenama Malaysia yang menjadi kebanggaan.. ditambah dengan pegangan saham bersama Lotus sudah pasti Proton menjadi salah satu jenama kereta terhebat.. akan tetapi ianya hanya gah di bumi Malaysia.. hanya rakyat Malaysia sendiri yang gahkan namanya.. akan tetapi prestasi buruk mengenai kualiti buatan Malaysia ini sama hebat dengan jenamanya.
Setiap model yang dikeluarkan Proton ada saja yang tak kena.. dan ada saja yang membuatkan pengguna tidak puas hati.. kebanyakan model yang dikeluarkan pada peringkat permulaan nampak baik dan cukup sempurna.. akan tetapi bila sudah masuk tahun ke dua atau ketiga ia sudah jadi lain.
Proton harus mengambil iktibar dan pandangan pengguna yang sudah mengunakan Proton.. bukan hanya mementingkan jenama dan model-model baru.. walaupun model baru itu dipertingkatkan tapi lama kelamanya ianya hanya menjadi sejarah.
Lihat saja bagaimana Proton Waja yang dibangga-banggakan satu ketika dahulu.. dari segi rekaanya sehinggalah enjin berkuasa campro yang dihasilkan.. akhirnya.. apa yang kita lihat sekarang ibarat kereta ketinggalan zaman yang tak bernilai di jalanraya.
Proton Juara dan Arena antara model yang dianggap membazir bagi rakyat Malaysia.. menampakan kecetekan dari segi idealogi rakyat tempatan mereka bentuk sesuatu model.. sangat memalukan.
Proton Inspira munkin satu model yang membuatkan Proton mangaut keuntungan atas angin akibat dari pengguna yang ketagihkan citarasa dan reka bentuk Mitsubishi Lancer.. dengan alasan model permintaan akhirnya yang jadi mangsa Waja.
Kini P3-21Adihidngkan Proton kepada penguna dengan kepelbagaian teknologi terkini akan membuatkan penguna Inspira dan Persona tepuk dahi.. ditambah pula dengan nilai susut sebuah kereta dan kepayahan loan untuk membeli kereta sudah cukup mendera rakyat Malaysia untuk memiliki kereta buatan Malaysia.!
Semoga dengan pengambil alihan pengurusan baru DRB-Hicom keatas Proton akan membuatkan Proton lebih cerdik dimasa akan datang..
Masih ingatkan anda dengan Proton Tiara.. Model yang aku anggap kereta yang paling bodoh pernah dihasilkan dibumi.. skru tayarnya pun tiga.. cuba korang bayangkan otak yang merekanya munkin 3 suku juga...
No comments:
Post a Comment