Nuffnang Ads


Monday, March 19, 2012

Qi blah dari "Jalan-Jalan Cari Makan" bukan sebab Yuna..


Lupakan sebentar mengenai 2 pengacara Jalan-Jalan Cari Makan yang gedik itu.. dan fokus pada bekas pengacara JJCM ini.. Qi @ Qushairi Razali yang juga pakwe kepada penyanyi kesukaan ku Yuna hari ini menafikan dakwaan yang beliau disingkirkan dari menjadi host JJCM disebabkan masalah disiplin. tetapi beliau sendiri yang meminta undur diri oleh kerana hendak fokuskan kerjaya beliau dalam bidang lakonan.





"Saya tidak pasti mengapa ada dakwaan sedemikian kerana rasanya sepanjang tiga musim mengacarakan program tersebut, langsung tiada masalah antara saya dan pihak produksi TV3 malah hubungan saya masih baik dengan mereka sehingga kini. "Keputusan meninggalkan program tersebut dibuat saya sendiri kerana ingin menumpukan perhatian kepada perkara lain dan tidak dapat memberikan komitmen kepada JJCM," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Isnin.


Qi berkata sebelum berundur daripada JJCM, dia diberitahu pihak produksi akan menukarkan konsep program tersebut dan mahu menggandingkannya dengan pelakon Taiyuddin Bakar yang sedang popular dengan drama Apa Celop.Bagaimanapun katanya, dia tidak dapat memberikan komitmen memandangkan percanggahan jadualnya dengan pelakon tersebut.

"Sebelum saya memberi masalah kepada mereka lebih baik saya undur diri dan memberi laluan kepada muka baru tambahan pula konsepnya telah berubah," ujarnya.

Dalam pada itu, Qi turut terkilan apabila nama kekasihnya iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna turut terpalit dalam gosip berkenaan dan menganggap adalah tidak adil untuk wanita berkenaan dikaitkan dengan tuduhan itu."Jika betul pun saya ada masalah, adalah tidak patut untuk melibatkan Yuna hanya kerana kami berkawan," ujarnya.





Sementara itu, mengulas mengenai dua pengacara baru program JJCM iaitu Shiha (Mentor) dan Iqbal (Pilih Kasih), Qi berkata dia masih belum sempat untuk menontonnya tetapi ada membaca komen-komen peminat mengenai gandingan tersebut.


 Video kat bawah nie time Qi jadi host JJCM...








Layanzz...







No comments: