Nuffnang Ads


Wednesday, March 21, 2012

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya umum tarikh pernikahan..



Setelah Yusri KRU & Lisa Surihani selesai berbulan madu.. kini giliran pasangan yang sudah lama bercinta Awal Ashaari dan Scha Al Yahya pula bakal mendirikan bahtera rumahtangga.. memilih tempat Ampwalk di Jalan Ampang pasangan ini dijangka mengumumkan tarikh pernikahan dan persandingan mereka selasa depan.

“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.






Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.

*ramai tol artis kawin tahun nie.. anda bila lagi..!! * tapi aku lagi tak sabar nak tgk majlis pertunangan liyana jasmay yg cute miut tu...



No comments: