Nuffnang Ads

Thursday, July 5, 2012

Tunjuk samseng tak kena tempat...



Aku baru tengok satu video seorang pakcik cina nie mengamuk dalam kedai elektrik tak silap kedai elektrik SenQ.. pakcik nie mengamuk sebab kena tipu.. itulah motipnya.. tapi tindakan pakcik nie membuatkan aku rasa pakcik nie cuma poyo tak kena tempat..



Korang leh tengok aksi pakcik tu kat sini :-




Melihatkan aksi beliau dalam video yang dok mengamuk dalam kedai sambil menghentak-hentak kerusi amatlah bodoh sekali.. hello pakcik kalau mau tunjuk samseng jangan hentak kerusi la.. kasi pecah semua itu LED TV la baru gengster ma.. ini kau meroyan kehulur kehilir dok hempas kerusi dan wat sepah benda2 kecik seperti katalog dan resit wat mendee...


Tapi melihatkan aksi gila pakcik nie kalau jadi kat aku pun munkin aku mengamuk.. banyak dah sekarang kedai-kedai yang kasi bayaran ansuran nie tipu pelanggan.. malah keuntungan yang diorg dapat kadang tu berlipat kali ganda dari harga asal.

Satu penindasan yang orang lain tidak tahu dan munkin mudah ditipu kepada sesiapa yang baru pertama kali mencuba.. aku dah cuba jadi aku taw.. memang cilaka.. tapi ape boleh buat kita sendiri yang pandai gie ambik barang kat kedai tu tak leh wat ape lah..

Pesan buat korang-korang.. berhati-hatilah membeli barang pada bayaran ansuran nie.. selidik betul-betul syarat dan cuba wat kira2 jumlah bayaran balik yang korang kena bayar sebelum membuat keputusan.. okeh.. 



Buat pakcik yang samseng tu aku ucapkan tahniah gak lah sebab video dia dah ramai tengok jadi orang ramai boleh buka mata.. hehehe..


No comments: